Sabtu, 4 Mei 2019

Travel Log: Korea ( itinerary)

Assalamualaikum

Kelmarin saya dah cerita pengalaman pahit kami dengan travel agent. Ramai yang bersimpati dan suruh viral kan agent tersebut. Kalau ikutkan amarah ni, memang nak viral kan je.

TAPI bila difikirkan semula. Tak nak lah. Kenapa?
Sebabnya a bad publicity is still a publicity. Buat apa nak femeskan dia? Tengok je king coco, air boom ape ke nama tu. Walaupun viral sebab perkara buruk, tapi terus tiba2 satu malaysia kenal diorang.

So, tak payahlah. Buang karan.

Cukup sekadar kalau orang google nama dia/company dia, akan keluar that bad review.

Ok,
Enough with that

Kita cerita pasal syok nya korea pulak 😊



Hari pertama

Masa kami sampai, dah lewat petang. So kami dibawa ke hostel untuk check in, solat, lepas tu keluar balik. Makan di sekitar hostel (sinchon) tu je







Kami makan sotong masak cili, sup tauhu telur (tak ingat nama), dan ikan bakar. Sedap! Siap repeat masa hari keempat. 🤭

Hari kedua

Shopping di Namdaemun, Kwanjang, dan Myeongdong. Boleh beli macam macam hasil korea di sini, kain cotton, hanbok, souvenier etc. Stokin dia comel gilerrrrrr



Sailormoon! 


Malangnya cuaca hujan masa tu. Sejuk sampai ke tulang 🥶 nak jalan pun teketar2. Nasib baik ada standby baju panas untuk budak2 ni. Mak bapak nya je yang tak bawak. Malas. Menyesal 😭







Lunch dekat stall tepi jalan je. Rasanya tu kedai orang pakistan /arab. Dia jual kebab. Ada nasik etc. Rasa, ok lah. Boleh telan. Alas perut sementara tunggu dinner

Sejukkkkkk 🥶🥶🥶


Kami singgah di kedai kerongsang. Eh, kedai ke? Nampak macam mini kilang 🤔

Kebanyakan kedai hanya jual pukal. Tapi guide kami bawak ke satu kedai yang boleh beli sikit2. Tapi garang weh aunty korea kat sini 😆

Budak budak ni bising sikit je, dorang terus shhhhhh.. Shhhh.. Sit sit..(muka garang habis). Maybe tak boleh bising sebab diorang nak fokus kot 🤷‍♀️

Makanya, itu bukan tempat yang sesuai untuk kanak kanak ya kawan kawan. Better tinggalkan diorang dengan partner kat luar sekejap sementara yang lagi sorang pilih kat dalam.

Rambang mata nak pilih

Untuk dinner kami makan di restoran melayu. Kampungku namanya. Agak mahal makan kat situ. Tapi ok lah. Dapat melepas rindu makanan Malaysia. Eceh. Baru hari kedua. Poyos





Yang special nya restoran tu sebab ada disediakan surau yang selesa. Toilet yang boleh cebok guna air 🤭

Lepas makan, kami jalan seround lagi. Lepas tu balik. Rehat

Hari ketiga

Masa ni kami jumpa nina (tour guide)
Destinasi kami yang pertama, National Palace Museum of Korea.
Nina bawa kami sewa hanbok (baju traditional korea) dan kemudian baru gerak ke palace. Jauh jugak nak kena menapak.
Nasib baik sejuk. Kalau tak confirm menitik2 peluh

Garangnya princess ni

Kawasan palace ni sangat besar. Memang cantik sangat untuk bergambar. Tak rugi sewa hanbok. Boleh posing sakan 😆







Kalau nak letak semua, penuh entry ni jap g 😂

Move on to the next place lah k

Next kami ke Namsan Tower

Ala, menara cinta tu. Ku kunci hatiku dan hatimu 😝

Masa ni hujan renyai.. Sejuk yakmatttt

Lantai licin. Sempat la tergolek sekali 🤦🏽‍♀️

Nak naik atas tu, kami guna cable car. Naik bas pun boleh katanya. Tapi kalau bas, kena jalan lagi jauh + kena mendaki.

Turun dari cable car, kena naik tangga. Tinggi tak tinggi sangat. Tapi mengah la jugak.










Atas tu kami makan churros + icecream


Refill tenaga. Habis dah masa naik tangga tadi

Dah puas menghayati pemandangan seluruh seoul, kami bergerak ke ewho. Sambung shopping kat sana. Still hujan renyai renyai. Leceh sikit la. Mood shopping pun tak berapa nak ada (selamat poket laki den)

Kami singgah makan waffle 💩 🤭 kitorg beli kat gerai bawah mall tu je. Rupanya kat atas dia ada restoran. Tapi nasib baik tak beli kat sana. Nak 🤮 tengok diorg makan dalam mangkuk tandas mini 😆. Meal dia pulak memang sebijik rupa najis. Bukan yang 👉🏾💩. Tu comel. Yang jenis cair tu.. Euwwwww..


Sanggup telan tak? 😆




Dinner, kami makan ayam goreng di restaurant halal di ewho. Anak anak siap order suruh mami masak macam tu bila balik rumah nanti 😑




Hari keempat

Everland
Ambil masa hampir dua jam untuk ke sini.
Theme park ni ter amat lah luas. Semua ada. Taman bunga, rides, safari park, mini zoo, cable car, sky walk. Eh, memang sesuailah untuk seisi keluarga

Kat sini diorang banyak jual hiasan kepala yang kiut amat. Sporting je yang tua muda pakat pakai.









Surau kongsi. Lelaki perempuan kena bergilir solat

Tulip 🥰





Ada banyak baby world (changing room +nursing room) yang sangat selesa, surau pun ada!

Sebab tempat ni sangat luas, makan seharian jugak nak explore habis. Tambah dengan masa menunggu untuk naik rides. Kami pergi hari sabtu, memang ramai ya ampunnnnn. Nak naik satu ride pun kena beratur sejam 😅 so try to avoid weekend/public holiday. Maybe masa tu tak ramai sangat kot 🤔

Lunch, kami makan di kedai burger. Order shrimp burger.

Untuk keluar dari theme park tu, mula mula kami nak naik sky walk. Tapi waiting time dia 50min 😓 takpelah. Terima kasih 😆

Kami naik cable car je. Terus sampai ke entrance/ exit. Pantas.

Sampai hostel dah malam. Kedai makan kebanyakan nya dah tutup, jadi kami makan kembara meal yang kami bawa dari malaysia je

Hari kelima

Nami Island

Destinasi pelancongan terakhir kami di sini. Boleh jumpa ramai pelancong dari malaysia. Punya la ramai, sampai bendera Malaysia di kibar di depan sekali feri bersebelahan bendera Korea


Di Nami, kami hire photographer (student di korea dari malaysia merangkap tour guide)

Banyak shot menarik tapi kebanyakan nya di bokeh tahap atom 😂 so tak berapa jelas dah view nya. Hahaaa. Takpelah. Layan kan jelah

Credit to Azri (not our photog but he took better pic than him 😂) 

Pun credit to azri. Pandai dia capture the moment

Moment membawang pun dia sempat ambik 😆

These were from the photog. Ok lah jugak.. Kan?





Ape yang kome cuba buat ni 🤔













Well, i think thats a wrap! Balik dari nami, kami lepak hotel je. Esok nya terbang semula ke Malaysia tanah airku...

Bye Korea. Until we meet again 🥰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...