Selasa, 30 Mei 2017

Travel Log : Gold Coast Australia (Itinerary)

Hi!

Entry kali ni saya nak share pengalaman kami sekeluarga ke Gold coast Australia.. 🐨🐳🐬 Insyaallah saya akan kongsi itinerary ke Gold Coast Australia ni se detail yang mungkin.

Lapan jam dalam flight. Kematu buntut habaq hang.. Dengan perut boyot (16weeks pregnant) di tambah dengan mood swing budak budak bertuah ni. Pengsan 😩



Kami pergi 4hari 3 malam. (tak termasuk travelling day. Kalau campur, jadi 6 hari 5 malam) Asalnya nak pergi bulan 9. Winter. Sejuppp... Siap dah beli winter coat lagi. Eksaited punya pasal. kihkih. Last last tak jadi.
Kami decide nak pergi end of may, seminggu sebelum puasa. Sebab bila survey hotel, car rental masa winter tu, mak aii..beza giler harga dia. Rupanya masa winter, gold coast memang jadi tumpuan penduduk dari bahagian lain australia yang suhu di tempat mereka lagi sejuk kaw kaw.. 🙊

Maka, end of may pun end of may lah kite pergi ye. Persediaan pertama, semestinya flight ticket. Kami naik Air Asia X direct ke Coolangata. Kebetulan ada promosi masa tu. Yassss... Tak baik tolak rezeki kann... Booking lallu ah.

Dah ada flight ticket, baru semangat nak buat benda lain 😊  Settle kan bab passport + Visa pulak. nak masuk Australia kena ada visa. Valid setahun dari tarikh visa dikeluarkan, boleh stay Australia 3bulan bagi setiap visit.
Visa Australia boleh apply online. Apply direct di https://www.travelvisaaustralia.com.au/en/eta-visa charge dia US$39. Mahal weh 😭
Nasib baik jumpa blog yang suggest apply melalui agent. Email je kat sini, eta.australia@yahoo.com . RM20 je per person. 

Email dulu pic tu tanya boleh buat visa oz tak. 
Lepas tu dia akan reply dan mintak details ni

1. Passport (scan/gambar)
2. Mobile Number
3. Email address
4. Return ticket
5. Home Address

Lepas dah confirm lulus application for ETA tu, baru buat bayaran. Biasanya boleh dapat result dalam 1 -2 hari.

Theme Park Tickets

Antara tarikan utama di Gold coast Australia adalah theme parks yang ohsemm. Ramai yang cakap entrance ticket theme park kat gold coast ni kalau beli online lagi berbaloi. Lebih murah + jimat masa tak perlu beratur. Memang pun. Tapi kena rajin survey. Sebab ada website yang offer murah compared to others. Contoh macam yang kitorang beli kat www.experienceoz.com.au/en/gold-coast ni. Summer pass. AUD79.99 per person : unlimited entry to 3 theme parks (movie world, sea world, wet n wild) valid until 30/06/2017. Ok la tu kan? Kalau nak beli yang annual pass pun boleh. Unlimited entry untuk setahun. Tapi tu bagi yang duduk sekitar situ or yang plan nak datang lagi dalam masa terdekat berbaloi la. Bagi kami yang sekali sekala datang ni dah berbaloi sangat dah 1 month unlimited entry tu. Lepas beli pass kat web, confirmation email akan dihantar. Print out atau simpan attachment. Nak masuk theme park nanti, tunjuk kat entrance counter, dia akan scan bar code, ambik gambar, then print out pass macam ni.




Tiga theme park tadi tu tak termasuk nak tengok kangaroo + koala. Sebenarnya ada package unlimited entry pass to all 4 parks which includes Paradise Country (tempat tengok koala + kangaroo) untuk AUD99.99 per person (VIP MAGIC PASS). Boleh tengok di sini http://themeparks.com.au/ Ingat nak ambik je all parks tu sekali je. senang + jimat. Tapi nasib baik tergerak hati nak baca reviews. Ramai sangat yang bagi bad reviews pasal paradise country ni di tripadvisor. kebanyakannya cakap tak banyak kangaroo + koala kat situ, dan haiwan macam tak terjaga etc.. Macam rugi lak kan, walaupun murah. Jadi kami decide untuk pergi Currumbin Wild life Santuary.  Seriously memang berbaloi ! Saya share details pengalaman di SINI. Dekat je dengan airport Coolangata. Boleh singgah terus masa sampai. Kebetulan kami sampai pun awal pagi. Ambik je kereta, terus zasss. Dengan tak mandi nya 🙈🙈. Harga ticket, AUD35.95 per person adult/child(promo). Hariz takyah ticket. sebab under 4.. Yasssss !

Kereta Sewa

Untuk transport, ramai yang bagi review sangat mudah nak guna public transport. Especially untuk yang stay di Surfers Paradise. Segala galanya dekat. Ada tram, bas pun ontime. Tapi untuk kami yang travel dengan anak kecik ni (dua tahun + lima tahun), maybe lagi sesuai kalau sewa kereta. Sebab dengan stroller nya lagi. Jenuh nak angkut jap g 😅 Lagipun lesen Malaysia boleh guna kat sini, so takde hal 😊
Pening jugak nak pilih kereta sewa. Banyak sangat bad reviews pasal hidden charge, bad customer service experience, over charged. Tapi ada satu agent yang selalu di puji puji di trip advisor. APEX car rental. Harga sewa pun paling murah setakat yang kami survey. Untuk setiap kereta, ada tiga harga berlainan. Ikut package insurance. Yang paling mahal adalah zero excess (no deposit if anything bad occurs) Rezeki kami, masa tu ada promo hyundai elantra zero excess AUD 45 per day 😍 Customer service dia memang tiptop, mesra sangat. Dan tak ada hidden charge. Hyundai Elantra + 2 car seats ($12 each) untuk 4 hari, total AUD204. Rules kat sini memang strict bab bab car seat ni. So, no choice.



Hotel

Kami berkampung di Atrium Waterfront Resort untuk 4 hari 3 malam AUD380. Kami tak cerewet sangat bab lokasi hotel sebab dah sewa kereta. Yang penting senang parking + ada lift. Kalau nak pilih penginapan kat sini make sure baca accomodation dia betul betul. Sebab ada yang tak ada lift, takde aircond. Kalau datang masa winter atau dekat dekat nak winter takpe. Sebab dah memang sejuk. Tapi kalau datang masa summer.. Haruuuu

Whale Searching

Yang ni special request dari Ijat. Whale watching hanya ada masa winter je. Masa ni whales migrate from Antartic feeding grounds to their tropical breeding grounds. Kebanyakan operator semua hanya offer tour starting June. Hanya Seaworld whale watch je yang open untuk end of may. Tapi bukan whale watch. Whale searching namanya..Sebab biasanya operator cruise ni akan offer money back guarantee untuk whale watching yang start dari June to October in case tak jumpa whale. End of may ni, baru nak peralihan ke winter, whales tu baru permulaan penghijrahan, jadi takde jaminan akan jumpa. Diorang baru nak start searching. Thats why seaworld offer 1/2 price with no guarantee.. Izzat kata, On je. Insyaallah kalau ada rezeki, ada la jumpa whales tu. Ok on. Tapi masa nak tekan butang confirm order, terbaca pulak terms and condition. Child under 3 is not allowed on board.

Huaaaaa..😫😫😫😫 Hariz next month baru genap 3. Keciwaaa. Tapi iols is tak giveup lagi. Gigih email pihak seaworld. tanya kalau kalau boleh dapat pengecualian. Alhamdulillah, seaworld tak reject mentah mentah. Katanya, sampai gold coast nanti, call diorang balik untuk pastikan keadaan laut tak bergelora,selamat dan mintak kebenaran kapten. Yeay..masih ada sinar disitu..! wehuuuuu
Boleh baca pengalaman seaworld dan whale searching kami di SINI


Dah cukup la tu untuk theme park dan tempat nak pergi. Kita settle bab makanan pulak. Kami bawak makanan yang femes untuk travellers. Brahim's. Macam macam jenis kami bawak. tapi tak test pun dulu. main bedal je beli. Tapi apa apa pun yang korang nak bawak, pastikan declare k. Sebab Australia memang strict bab bab makanan ni. Tak boleh bawak yang ada unsur tenusu, daging mentah, telur, dan setiap makanan mesti berlabel. Jadi saya sediakan list untuk semua makanan yang kami bawa termasuk ubat ubatan. Ni contoh yang saya buat



Tapi sebenarnya kat sana banyak tempat makanan halal. boleh rujuk senarai restoran halal di sini http://www.goldcoastislam.com.au/1/halal-certification

Ok. Rasanya lengkap dah persiapan kami untuk ke Gold Coast. Next entry saya akan share pengalaman di sana pulak k. Bye!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...