Jumaat, 6 Januari 2023

Camping | Tanjung Hills Retreat , Janda Baik

 16 December 2022, Jumaat

Kali kedua kami berkhemah bersama keluarga. Kali pertama insyaallah akan aku kongsikan di entry lain. Sesungguh nya pengalaman pertama sangat berharga dan huru hara 😂


Khemah

Berkhemah dengan anak kecil sangatlah tak sama dengan bujang dan rakan rakan. Masa bujang dulu uruskan diri sendiri je. Sekarang semua atas kepala kau (dan bapaknya). Dari bab makan, tempat tidur, aktiviti, keselamatan, semua tu kali dengan berapa ahli yang ada.

Kali pertama hari tu kami camping guna khemah Arpenaz 4 dari Decathlon. Asalnya beli khemah tu untuk lepak lepak tepi pantai. Tidor siang kejap ke. camtu. Tak pernah jangka pulak akan terbuka hati untuk bermalam. 

Long story short, kami bermalam.

6 beranak.

Dalam Arpenaz 4. Letak 2 tilam double quechua

Konpiden je muat oii

hahaa

Memang muat

Tapi semua orang kena tdo tegak je. boleh pusing sikit sikit je. takleh lebih lebih 😂 pastu tilam tu pulak menggelongsor ke tepi, udah anak yang tdo tengah tengah terpegholoih ke bawah.

Adoila. Kesian member. 

Sebenarnya memang dah syak macam akan tak selesa. Tapi first time kan. Malas la nak invest ke khemah besar terus. Dibuatnya kang tak kena dengan jiwa mereka (dan kami), dah satu hal. So kite try dulu. Tengok ok ke tak

Dan jawapan nya OK ! 

Jap lagi kite cerita kat bawah, kenapa ok k?

Sekarang cerita pasal khemah dulu

Bila dah semua orang OK untuk camping next dan next next lagi, so its about time la kan . To update the tent. We need a tent that can fit us all and everything else too.

Sekarang ada baaaanyakk sangat option untuk khemah yang besar dan best. Yang murah ada , yang mahal pun ada

Sebelum ni kami taktau pun brand brand khemah lain. Main search je kat shopee : khemah besar, large tent etc 😅

Dan yang keluar masa search tu kebanyakan khemah yang takde brand (kalau ada pun brand best melintas masa tu, kami tak pernah dengar langsung) noob sangat 🤦🏽‍♀️
Tu yang husband  sebenarnya dah hmmm terrr beli khemah unta 👉👈
Ada tu dalam stor. Tak pakai lagi 🙈 Ada sesiapa nak beli tak? kami nak letgo ni. unused. Harga mur mur je iols kasi
haha menyempat aku iklan

Ni antara brand khemah yang tengah 'in' sekarang : 

1. Naturehike


Ni antara top list dalam khemah yang aku nak beli hari tu. Memang nyaarisssss sangat nak beli wehh

Suka sangat color dia. Besar pun besar. Auto tent katanya. (sepatutnya) mudah di pasang. Tapi aku takleh komen lebih la part tu, sebab tak pernah try kan. Korang tgk kat link aku bagi atas tu. Description dia memang menggoda habis. 


Cuma in the end, kami tak beli ni sebab kawan cakap dalam dia cotton. So kena extra care la kot. (Aku tatau, ni dia cakap based on campers lain punya experience) 

Kalau hujan ke masa lipat tu, balik kena terus angin kan. If not, risau ber tahi lalat. Kalau korang jenis yang cermat, pandai jaga, takde hal


Eh jap, lupa nak letak disclaimer


*Post ni ada mengandungi affiliate links. yang mana bermakna aku akan dapat small commission, tapi korang tak akan di cas pape, if u buy thru the link. Kasi can la aku topup balik lubang di poket ku ini. hehe

 
Kalau tanak klik link tu pun takpe. korang search je brand tu kat shopee ke lazada ke, sure banyak keluar. Target utama aku pun nak share info je. yang lain lain tu kira bonus...😜
Sebab aku tau, starting ni korang pun mesti blurr blurr ayam jugak (macam aku )

2. Vidalido -

Product link   ➡️  Vidalido vicore L 

Khemah ni, kawan aku pakai. Setakat ni kalau camping mesti pergi dengan diorang. Memang handsome weh in real life. Kejap je dorang pasang. Sap sap soii SIAP. ha camtu. Sebab dia auto tent. Memang luas. Diorang tidur berlima beranak. Ada dua ruang. Satu ruang untuk tidur, satu ruang lagi jadi macam hall tempat lepak. Tent ni kalau tak pasang flysheet pun takpe dah. Sekeliling khemah semua boleh bukak kain tepi dia tu. Dan boleh setting tempat masak kerusi meja semua tu tepi tu je. 

Memang highly recommended 👍

3. Coleman

Product link 


Coleman ni kira antara yang high end punya kategori. Ada duit lebih boleh beli ni. Quality tiptop katanya. Yang Darkroom tu sangat la menarik hatiku. Hmm...someday la kot...some other dayy


4. Mountainhiker


Khemah ni cantik. Aku kenaaan sangat.  Tapi kena sedar diri. Dia untuk 3-4 orang. Boleh berdiri kat dalam (cukup ruang untuk solat). Kalau untuk small family memang perfect ni. Sebab dia senang gila nak pasang dorang cakap.

Tapi ada lagi ni dalam cart aku. Hahaa. Mana la tau kan, untuk berkelah ke nanti. Hahahaaaaaaaa

5. Khemah Unta

Product link   ➡️ Khemah Unta 4-6 person
                          ➡️ Khemah Inta 8-12person

Antara khemah yang banyak dapat sambutan. Sebab harga dia mampu milik. Kalau search khemah besar, large tent etc memang dia nombor syatu yang akan keluar. Kami hari tu terbeli sebab tu la 🙈

Tapi tak jadi guna sebab masa tu dengar orang cakap khemah unta ni banyak yang bocor. Masa kami nak pergi camping hari tu pulak musim hujan. Memang berdeborla dengar. Tu yang tak pakai pakai lagi sampai sekarang. Walhal bila baca balik review orang, ramai je pakai. Dan ok je deme. Tak bocor pun. Kalau nak double protection, pasang flysheet atas dia. Settle. 


5 di atas antara khemah yang biasa diguna, di review oleh para campers. Ada banyak lagi. Dod, Black dog, Deer Creek, eh, banyaklah. 


Aku cadangkan, kalau korang baru baru nak start camping, belum ada khemah, taktau kena dengan jiwa ke tak aktiviti ni, try sewa dulu kat campsite yang ada offer sewa khemah. Ambik feel dulu. Ngam ke tak ngam ke, kalau ngam baru cari khemah.


Ok?

K

Habis dah cerita pasal khemah orang. Kite cerita pasal khemah sendiri pulak

Yang atas ni semua antara toplist kami sebelum ni. 

Sampai la satu hari, terjumpa si hensem nihh



Mobi Garden Lan Sheng 3


Aku beli kat ➡️  Lazada | Mobi garden Lan Sheng 3

Dia punya ciri ciri tu, aku rasa perfectly fit us! Ada bilik yang cukup luas untuk kami semua tidur sekali. Ada hall untuk lepak

Aku nak explain susah, letak gambar la senang eh

Bilik | Aku tersalah bajet size tilam. Sepatutnya size 1 double 1 triple pun dah ok aku rasa. Ni aku beli 2 triple. Terlebih sikit hujung tu. tapi ok je sebab boleh kelepet kan sikit. Cuma tak berapa comel la 


Kalau korang tengok bahagian atas tilam tu, masih ada ruang untuk letak beg baju etc. Aku tak setup cantik cantik insta worthy punya setup. Belum jumpa idea lagi macam mana nak susun lawa lawa macam orang lain. Sekarang ni yang utama, mudah nak capai, tersusun. Cukup.


Bebas tidur berguling 😂


Hall. Luas kan? Anak anak pun senang nak beraktiviti kat sini. Main board games, borak borak, ikut kome lah nak buat ape pun


Solat berenam pun muat


Dengan Jiran | Vidalido Vicore L

Meja kami letak di bahagian depan

Malam aku bawak masuk dapur, box semua tu. Risau kot hujan ke tengah malam. Meja tinggal kat luar. Tapi kalau nak bawak masuk pun muat je sebenarnya


Bahagian depan kami tutup yang lapisan mesh sahaja. Outer layer tu biarkan terbuka. Biar udara masuk.


Dapur aku setup kat bahagian tepi ni. Supaya tak kacau budak budak tu keluar masuk . Deme tu bukan boleh kira. Kang habih semua dilanggornya.

Khemah ni boleh buka semua pintu sekeliling tau. Tapi aku takde gambar sebab tak buka semua hari tu. Ni gambar dari product page

Boleh bebas berdiri


Macam ni rupa dia kalau buka semua. Tapi ni LS4 bukan 3. Design dia sama, cuma LS4 lagi besar. Dia ada 4 pole. Tu je beza


Lan Sheng 4



Satu lagi yang aku rasa best pasal tent ni, it comes with separate inner tent. So boleh guna as shelter atau khemah, dua dua pun boleh. Set ni datang sekali dengan 1 inner tent. Tapi boleh beli additional inner tent kalau korang rasa nak privacy, takmo kongsi bilik ramai ramai dah pasni.

Cuma roof dia tu kena beli asing. Takde pun takpe katanya tapi aku rasa macam gonjeng pulak kalau takde. Ground sheet pun jual asing. 

Cara pasang dia, tak lepas nak upload kat sini . Aku share yang YouTube punya la eh




Aktiviti kami kat sini, mandi sungai, memancing, malam budak budak main board games, lepak tepi kolam,borak borak

Maks Ayahs borak kat tepi, sambil bincang mana next destinasi 😂



 Tanjung Hills ni pemandangan dia memang cantik sangat sangat. Sejuk pun sejuk. Ada kolam ikan. Nak memancing pun boleh, tapi kena bayar. 

Satu tapak : RM100/night
Deposit : RM50
Memancing : RM50 untuk satu joran kalau tak silap. 

Tapi yang tak berapa syoknya ada waktu checkin/checkout. 
kami masuk hari Jumaat.

Check-in 1130-1200pm
Checkout 12pm

Kena betul betul uruskan masa. Sebab paham paham la checkout camping ni bukan macam hotel. Semua ko kena kemas sendiri AtoZ. Dibuatnya hujan pulak. Perfecto 😭

Yang syoknya pulak, ikan dia sedap gaaaissssss. Sumpah sedap! Tak hanyir langsung. Aku ni bukan peminat ikan sungai sebenarnya. Tu yang macam pandang sebelah mata je masa dorang makan. Sekali bila dah tinggal hujung hujung, tu baru nak rasa. Aduhhh menyesal !

Yang kitorang dapat tangkap hari tu ikan talapia Norway. Terngiang ngiang lagi kemanisan isi dia sampai sekarang. Kitorang goreng biasa je pun , dah sedap


Tempat ni ada disediakan toilet, sink dan tong sampah. Cuma kena jalan sikit la dari tapak kami tu. 
Waktu malam, ada lampu sekeliling kolam. So tak la gelap sangat. 


👆🏽 perjalanan dari khemah ke toilet waktu subuh. 



Ni sum up (hampir) semua aktivity kami di sini di ig reels. Dekat highlights pun ada cerita tentang aktiviti kami di sini. Highlights tu lagi detail dan tersusun kot. Kat blog ni aku blur sket canne nak upload video. Korang tengok situ la eh kalau nak tau lebih. 


Aku nak share pasal gadgets camping pulak. Tapi macam dah panjang sangat dah entry kali ni 🤣


Nanti aku sambung kat next pulak k



Till then,

xxx






 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...