Ahad, 16 Julai 2017

Travel Log : Gold Coast Australia Part 3 (Seaworld + Whale Searching Cruise)

Hi !

Lama naw gap untuk next entry perjalanan ke gold coast Australia ni ye. Dah July 2017 dah pun. Maknanya dua bulan lah takde mood nak menulis. 
Ampunn 🙏🏽

Post kali ni rasa macam nak cerita semua sekaligus je pengalaman di gold coast ni sampai hari terakhir. Senang. 
Kita mula dengan hari kedua ye.

Hari kedua ( Seaworld Gold Coast )

Kami mulakan dengan breakfast di hotel.. Kasi perut penuh dulu, baru senang nak jalan. Destinasi kedua kami, Seaworld. Yezzaaaa..tempat ni lah yang paling di tunggu tunggu oleh kanak kanak ribena niii. DOLPHINS !!

Seaworld Gold Coast Australia


Ticket masuk, kami dah beli siap siap online macam yang saya cerita hari tu (boleh baca sini ) Tapi walaupun dah beli tiket, nak masuk still kena beratur. Sebab dorang nak keluarkan annual pass (bagi yang beli annual ticket). Staff di situ akan ambil gambar setiap orang, dan print on the pass. Next theme park dah tak payah dah. Tunjuk je pass tu. Jalannnn

Gold Coast Australia


Seaworld Gold Coast ada baanyak sangat show yang kalau terlepas akan rasa macam menyesal di kemudian hari. Jadi, kami dah standby awal2 maps dan semua show time (boleh check di website seaworld) dan buat flow chart untuk arrange yang mana nak pergi dulu, yang mana kemudian.

jadual perjalanan di seaworld

Senang kan? boleh bajet masa ngam2. Prioritize mana yang kita lagi berminat nak tgk kalau ada show yang clash masa dia.

Antara show yang ada :
  • Fish Detectives Sea Lion Presentation
  • World of the Dolphin Presentation
  • Affinity Dolphin Presentation
  • Jet Stunt Extreme
  • SpongeBob 3D
  • Teenage Mutant Ninja Turtles – Turtle Power Show
  • Ray Reef Feeding Session
  • Penguin Feeding Session
  • Dora’s Best Friends Adventure Show
Antara show yang menarik :


Seaworld Gold Coast



Affinity Dolphin show adalah yang ter bestt antara semua. Show ni ada dua sesi, pagi dan petang (kami tengok dua dua..) Tapi show pagi lagi lama dan banyak aksi. Petang tu macam sekejap je. Kami habiskan masa seharian di seaworld sebab ada banyak sangat benda menarik kat sini. Terutamanya untuk kanak kanak. Selain show, ada rides jugak. Tapi sayang budak budak ni banyak tak lepas limit ketinggian. Lepas satu je. Yang bas bikini bottom tu. Jadi lerr. Kami gerak balik ke hotel lebih kurang jam 5pm (dah nak maghrib masa ni) . Malam pulak, cari ole ole di surfers paradise.


Hari ketiga (Seaworld Whale Searching)


luxury cruise

Sebelum pergi hari tu, saya ada cerita persiapan dan kebarangkalian untuk kami tak boleh join whale search sebab ada yang under age. Masa jalan jalan di seaworld, saya ternampak kaunter untuk whale watch. Nekad nak pergi tanya dia (belum give up lagi). The lady at the counter was very nice and helpful. Dia tolong kami call bahagian cruise untuk confirmkan. They said kalau nak pergi hari khamis (as in the original plan), tak boleh. Sebab laut dijangka bergelora masa. Tapi kalau rabu boleh.. Hah?! Seriously??? Yeayyyy.. bersinar2 mata mak ! haha
Kami terus setuju dan tukar sket plan asal. yehuuuuu... Dapat tengok whale! 

Seaworld Whale Searching ni makan masa lebih kurang separuh hari. Kami sampai di jeti jam 930am, dengar penerangan dari kapten berkenaan safety while on board, lebih kurang jam 10am gerak. Lebih kurang 1pm macam tu dah balik jeti balik. Siapa yang mabuk laut, kena bersiap sedia tau. Sebab cruise ni memang pergi ke laut dalam. Ombak kadang kadang gile sket. Masa nak pergi tu, memang dia speeding betul. Macam naik roller coaster je rasa. Ingatkan budak budak ni nak takut. Lagi deme seronok ade lerr..

Selepas setengah jam perjalanan, kami diberitahu dah sampai di kawasan whales.. Sekarang is the waiting game. Tunggu dengan penuh kesabaran untuk whales tu muncul. Seminit yang pertama, semua orang eksaited tolong tinjau tinjau kelibat whales. Captain mintak semua orang aware kalau kalau nampak anything abnormal.. macam, ada wap disembur ke permukaan ke, reflections dalam air ke.. Masuk minit kesepuluh, dah ada yang start mabuk laut. Nasib baik semua crew dia sangat friendly dan helpful. Kalau ada yang mabuk tapi tanak mengaku pun diorang boleh sedar dan offer bantuan.

Selepas 15 minit tunggu, muncul dolphin dua ekor. Laju je berenang ke depan. Seronok tengok diorang berenang bebas macam tu. Captain cakap ni deep water dolphin. Lain sikit dari yang di seaworld. Tak lama lepas tu, muncul pulak leopard shark. Senyum sampai telinga la Hafiy. Dia memang obsess dengan segala jenis sharks ni. Tapi whales tak jugak muncul muncul... Hmmm..

Dah lame naw tunggu tapi takde, saya pun ke toilet sekejap. Dalam hati ni *haihh...jangan la masa aku tengah memerut dia muncul.

Sekali betul daaaa.. Lepas je selesai hajat, tengah nak capai pintu toilet, captain speeding sambil buat announcement dah jumpa whales tapi jauh sket, so kena speeding. I was like.. Whattt?! Now? Seriously?!
Omaigaddd... akak dalam toilet ni encik kapten..jangan laju benor ! 

Haru sungguh laaaaa

Bila kapal dah slow, terus pergi ke depan kapal..kuss semangat.

Orang dah ramai berkumpul. Masing masing muka eksaited.

Taraaaaa...
Ni la whales yang di cari cari


Setiap kali whales lalu, akan tinggalkan oil track. Ini adalah salah satu cara orang zaman dulu nak kesan whales (orang zaman dulu buru whales sebagai sumber minyak)

Tapi Hariz dah bateri kong masa whales tu muncul, meragam sket. Ijat yang memang dah sedikit mabuk.. cepat cepat offer diri bawak dia masuk dalam..tido. Alasan letewww. Lepak la kome dua orang kat dalam.. mami dengan Hafiy menghayati pemandangan yang kali pertama dalam hidup. Alhamdulillah.. rezeki kami jumpa whales hari ni (walaupun hampir kecewa)


Ruang yang sangat luas dan selesa

wefie dulu sementara tunggu ikan paus muncul

Lepas lebih kurang dua tiga kali whale tu muncul, dua tiga kali jugak scene kejar mengejar (syok pulak bila captain speeding, rasa macam dalam movie. kikikii), Captain pun announce kapal nak bergerak balik dah. Sedih sikit la masa tu .Rasa macam belum puas.. heee

Dalam perjalanan balik, kami tiba tiba diiringi sekumpulan dolphin di tepi kapal. Banyak pulak tu ! Subhanallah
Yang paling comel, baby dia pun ada! Yoshhhh.. rasa nak terjun je berenang sekali. Haha



Kecomelan dolphins ni terus hilangkan mabuk laut ijat.. :) Thank you dolphins! Memeriahkan perjalanan kami


Hari keempat

Eh..dah macam panjang sangat pulak entry ni. Kite sambung nanti boleh? Hehe
Tunggu tau.. Kite pergi Warner Bros Movie World pulak lepas ni k.

Bye!

Edited on 6th June 2022 to add:

Ya Allah korang, aku lupa nak update dah hari seterus nya

5tahun kemudian baru perasan
Masa pergi ni anak baru dua, nak masuk tiga
Ni dah empat orang anak aku wehhhh 🤣

Nak edit tambah info pun dah lupa habis dah semua

Nantilah cari balik gambar korek harddisk tu

Rasanya boleh kot cuba cuba ingatkan semula

Yang ku ingat kat warner bros tu tak jumpa surau
Sebab dalam blog orang yang aku baca deme kata ada
Tapi bila di cari tak jumpa

Last2 kami kena cari masjid kat luar

Balik tu sempat singgah chemistry ke chemical apa namanya beli perfume. 
Pastu memori lost dah 🤣

Doakan aku ingat kembali k

Kalau berjaya, aku update sini













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...