Jumaat, 10 Februari 2017

TRAVEL : LEGOLAND MALAYSIA (REVIEW)


Assalamualaikum. 

Let's just get straight the point, shall we? Maleh pulak aku nak karang intro. haha


Kita start dengan HARGA TIKET

Suami beli tiket online. Dia search promo legoland then terjumpa promo kat maybank2u. kena klik through link ni www.LEGOLAND.com.my/promo/MBBOnline2017  untuk dapat 30% off.  Tapi this is for limited time i think. Start dari 1 January 2017 sehingga 25 February 2017. Dan admission period dari 3 January sehingga 28 February 2017 . So sapa nak pergi boleh cepat cepat booking

Lepas tolak 30%, harga tiket kami RM137 untuk dewasa, RM109 untuk kanak kanak . 



Pakej annual pass pun ada.. Boleh keluar masuk legoland sepanjang tahun. Tapi kitorang tak search detail sangat pasal pass ni sebab jauh. Kalau siapa yang rumah tak berapa jauh sangat tu memang berbaloi baloi sangatt. Untuk info lanjut mengenai tiket korang boleh terus ke official website LEGOLAND MALAYSIA atau untuk harga tiket boleh tengok sini https://www.legoland.com.my/book-visit/day-tickets/ 

Ataupun.. boleh terus ke kaunter tiket yang disediakan

Kaunter tiket kat belakang. Yang depan tu mukatakmaluenterpremm


PARKING - RM10 per entry

Parking dia banyak. So tak perlu risau tapi jauh jugakla nak kena menapak. Kalaulah legoland sediakan buggy dari parking ke entrance, lagi ngam. Memudahkan pengunjung. Lagi satu kitorang mula mula confuse nak bayar parking macam mana masa balik tu sebab masa masuk parking takde tiket pun. Rupa rupanya masa nak keluar tu pergi auto pay, bayar baru keluar tiket. Alahai..nampak naw baru first time datang.. 🙈


MAKANAN

Lepas main ninjago ride, kami pergi toilet sekejap. Biasala bawak budak budak, kena selalu lawat toilet.. kang ada yang terlepas kang tak pasal pasal je... 🙊 Keluar keluar je dari toilet tu, hujan la pulakk. Aik tadi sebelum masuk toilet macam panas terik. Nasib baik ada tempat makan dekat dekat situ. Boleh la makan sementara hujan reda.
Harga makanan tak over price sangat. Untuk lunch kami makan di Burger Junction - RM 75 +- (FAMILY SET) . Ni dekat adventure land. Dalam set tu ada 3 meal. Dua meal burger, satu meal ayam. burger dia besar oii. tak larat teman nak ngabihkan nye. Last last tapau.

Meal ayam : Fries pun bentuk lego. Comel 😍


Meal Burger : Nasik dia sedap. Burger pun sedap (sorry dah ngap dulu. Lapor )

TEMPAT TEMPAT MENARIK

Actually semua pun menarik. Tapi sebab kami bawak budak both under 5yo, akan bias ke attraction yang sesuai untuk range umur tu. Ada banyak lagi yang lain yang best sebenarnya tapi diorg belum boleh naik. 


LEGO CITY

Ini antara attraction di lego city






Junior Driving School - Age limit 3 years old. phewww.. Nasib baik Hariz lepas. Dia yang paling eksaited. Driving school ni tak benarkan parents masuk dalam driving area. So susah sikit bagi budak budak yang belum reti sangat pijak pedal + control arah. Yang jaga tu sorang je. Penat sikit la dia nak terkejar kejar kalau ada budak yang sangkut terlanggar divider.. (macam hariz) Tapi untuk budak yang dah besar sikit..ok je. Hafiy santai je bawak kereta pusing pusing layan perasaan. Adik struggle sikit sangkut sangkut. Haha. Kesian






Boating School - Yang ni best sebab parents pun boleh naik. Senang sikit nak tolong tolong apa yang patut. Tasik yang kami naik boat tu dihiasi dengan figurine yang 100% dibina dari lego bersaiz manusia. (sebenarnya kat mana mana pun kat sini ada banyak sangat miniture lego) Lego yang kecik kecik 4 segi tu. Seriusly kagum ! Gigih betul orang yang buat tu. Kite ni nak buat lego bentuk car pun dah sakit sakit jari jemari ni.. 😆






LEGO® City Stage - Tepi lego city stage ni ada satu tempat redup main lego. Omaigaddd... i tak ingat nama apa tempat tu. Tapi boleh la duduk duduk santai kat situ main lego jap lepas mengharung panas mentari. Tengah santai santai kat situ, tiba tiba diorang announce show dah start. masa tu around 1 pm. Eh, show ape pulak? Kitorang follow je la. Rupa rupanya ada pementasan ninjago. BEST sangatt ! Ninja2 dia sangat energetic. Kitorg yang tengok pulak penat tengok diorg berlari2. Haha. Syabas bete. Tapi seriously best. i ada record show tu sikit sikit. Boleh tengok dalam video kat bawah k 😊


Tempat misteri taktau nama apa

NINJAGO SHOW - terbaik!


LEGOLAND® Express - keretapi ni akan bawak korang pusing pusing legoland. Lalu la dekat miniture semua tu. Kira macam road tour la. Budak budak ni sukala naik choochoo ketatapi.




Rescue Academy - ni macam pretend play punya game. Naik fire engine tu pergi padam kebakaran. Lenguh tangan ijat sebab kena pam sorang sorang. Hafiy acah acah pam je. Haha. Tapi Hariz takleh naik. Ngobak dia kat tepi. Kesian. 😂 Abang banyak la jugak yang dia boleh main. Adik tengok je bersulam tangisan. 😝


Gigih nak padamkan kebakaran
LEGO® City Airport




MINILAND

Miniland ni boleh dikatakan nadi legoland. Banyak sangat bangunan, bandar, kenderaan yang di bina 100% dari lego bricks. Siap ada yang boleh gerak gerak. Contohnya macam, bot, keretapi, bas, lori etc. Kreatif. Sangat kreatif dan gigih orang yang design dan buat semua ni. 


Dah petang. dah malas nak layan tudung dah kembang kembang

LAND OF ADVENTURE




Beetle Bounce - Age limit : 4yo . Hariz tak dapat naik. Kesian lagi. Sabar ye dik. Nanti birthday adik tahun depan kita datang lagi. Hafiy naik sambil tergelak gelak. Lagi la jeles member tengok





Lost Kingdom Adventure - ni sejenis ride. No age limit. Parents boleh join. Best. Sebab semua orang ada pistol sorang satu. Tembak makhluk jahat kat dalam tu. Ada skor. So boleh la lawan sape lagi terer







LEGO® NINJAGO WORLD

LEGO® NINJAGO® THE RIDE - me and  Ijat both agree, ride ni adalah yang ter paling best sekali ! sape skip dia rugi. Kitorang naik dua kali. Haha. Best sebab boleh fefeling ninja. Ride ni guna motion sensor. Jadi untuk musnahkan musuh musuh ninjago, kita kena gerakkan tangan macam ninja. Nanti keluar peluru ikut pergerakan tangan kita tu. Dah keluar tu budak budak ni masing masing dok chiaaa chiaaaa chiaaaaa lagi. karate satu sama lain pulak.








yang kaler hitam tu sensor dia

IMAGINATION
Observation Tower - Kami masuk sini je dekat imagination park ni. Sebab dah penat. hewhh.. Dari tower ni boleh nampak satu legoland. Menghayati pemandangan indah.





THE BEGINNING 

Big Shop - Namanya memang the beginning sebab lokasi dia dekat entrance, tapi kami singgah last sekali. Yela mana ada orang beli souvenier masa baru sampai kan. ehh.. ke ade?



Birthday boy




Maka, berakhirlah perjalan kami ke legoland. Ijat kata next time kite datang, beli annual pass lepas tu stay lama sikit kat JB. Boleh masuk dua hari. Baru puas jalan semua. 😘

Okay korang, bagi yang tengah cari review, semoga post ni bermanfaat ! 😘 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...