Rabu, 1 Mac 2017

Speech delay : Permulaan dan permulaan yang baru

Belum pernah lagi saya cerita perkara ni di mana mana media sosial secara panjang lebar. Sekarang tiba tiba tergerak hati nak tulis.

Berkenaan anak saya, H


Masa umur H setahun lebih, dia belum pandai cakap. Perkataan mami dedi pun masa umur 2tahun baru dia boleh sebut jelas. Dah start risau sebenarnya. Tapi orang cakap takpe. Awal lagi. Biasa la progress budak budak ni lain lain. Lagipun H berjalan awal, gigi pun belum setahun dah tumbuh penuh dah. Orang cakap budak kalau cepat tumbuh gigi+berjalan awal memang lambat cakap 

Hmm... macam macam ORANG CAKAP!

first time parents kan. ilmu parenting pun level beginner. maybe bawah lagi dari level beginner kot masa ni. kite dengar la nasihat orang

Kami pun tunggu dengan hati berdebar. Masuk tahun ketiga, H cuma boleh cakap dua perkataan je dalam satu ayat. Ajar la macam mana pun , dia buat nohen je. 

Sedih? takyah cakapla. sedih teramat sangat. Risau. Macam mana kalau H tak boleh cakap sampai bila bila? macam mana masa depan dia? Kesian sangat bila tengok dia dengan budak budak sebaya dia berkumpul. Dia tengok je diorang. Senyum senyum dari tepi. Muka sayu. Saya tahu dia teringin nak join diorang main, tapi malu sebab dia tak reti cakap. Allah. Sedih sangat masa tu. Saya yang tengok yang bergenang air mata (mami memang drama lebih). Masa balik kampung, kalau orang tanya dia macam macam. Dia balas dengan senyuman je. Lepas tu bila orang tanya dia. Nape tak jawab? Tak reti cakap ke? Rasa di carik carik je hati ni dengar.

BERHENTI KERJA

Masa tu saya nekad, berhenti kerja. Nak fokus pada anak anak. Terutama H. Biar la orang sekeliling nak mengata rugi belajar tinggi tinggi last last dok umah jaga anak. Tak takut menyesal ke? Insyaallah tak. Mami lagi menyesal kalau apa apa jadi kat anak anak. Rezeki ALLAH SWT yang bagi. Cukup atau tidak tu, terpulanglah pada kita nak manage macam mana dengan apa yang ada.

Lepas saya berhenti, kami (saya dan ijat) usaha macam macam, jumpa speech therapist, google sana sini pasal speech delay, termasuk la pelihara kucing dan arnab (animal therapy: antara yang berkesan). Tengah googling tu saya terjumpa blog Pn.Ruby (speech therapist). Saya add Pn. Ruby di fb dan selalu follow status dia. Banyak sangat saya belajar dari dia. Sampai satu hari, puan ruby buat program di kuantan. Kami join

Dalam kelas tu, Pn. Ruby ajar teknik teknik berkomunikasi dengan anak anak speech delay. Macam macam yang diajar. Memang tak rugi attend. Rasanya tak habis kalau nak cerita kat sini. Boleh follow fb Pn Ruby  untuk banyak info yang bermanfaat


bunny



Macam mana saya tau H cuma speech delay, bukan masalah lain?

Sebab tindakan pertama kami (lepas saya berhenti kerja) adalah cuba kenalpasti masalah sebenar. Sebab kalau betul ada masalah, perlu ada tindakan susulan. Takkan nak biarkan je.. Cukup cukup la mami dedi 2tahun in denial. Lagi cepat kita tau masalah sebenar, lagi cepat kita boleh cari penyelesaian. Jangan takut hadapi realiti. Tak rugi pun kalau kita bertindak awal.

Step pertama, kami bawak H rujuk pakar kanak kanak. Screen test dulu masalah kesihatan. Doktor buat blood test. Tak sure nak test apa. Tapi ada kaitan dengan prolong jaundice masa baby (H prolong jaundice sebulan lebih). Bila result clear, Paed set kan appointment dengan ENT. Untuk check masalah pendengaran, mata, peti suara. Pendek kata kena screen physical and health issue dulu. Bila result semuanya clear. Baru proceed dengan speech therapy.

Kami di refer ke Speech theraphist UIA Kuantan. 1st day di UIA, belum boleh jumpa ST (speech therapist) lagi. Diorang buat hearing test dulu. H kena pakai head set. Process ni untuk tahu tahap pendengaran dia. Diorang bagi dia dengar bunyi pada lain lain frekuensi. H lulus test ni. Then baru proceed jumpa ST (after a year waiting) yang ni kami pun faham. Sebab ramai dalam waiting list. Dekat Kuantan memang sangat sangat limited ST. Yang swasta pun takde. (masa tu. sekarang tak sure)

Speech Therapist (ST)

H ni sangat pemalu orang nya. Susahhhh sangat nak dengar suara dia. Maybe masalah komunikasi buat confident level dia jadi rendah. Jadi masa jumpa ST tu memang kami expect dia akan diam je sepanjang sesi. Tapi TAK. ST tu pandai ambil hati dia, sampai dia jadi selesa dan respon pada soalan soalan teacher (ST tu suruh panggil dia teacher)

Soalan soalan tu rupanya penting untuk tahu level percakapan dia. Hasil dari soal jawab, level percakapan H di umur 1 tahun 6 bulan. Dan alhamdulillah. Htak ada masalah lain. Cuma speech delay. (masa tu H 3tahun +) Insyaallah masih boleh catch up katanya. Kami borak panjang dengan ST tu. Tanya apa punca semua ni. Dia cakap ada banyak sebab sebenarnya, dan salah satu penyumbang adalah GADGET. Dan kanak kanak yang speech delay ni bukan tak pandai, dan bukan selamanya takkan boleh cakap, cuma diorang ni terlalu asyik dalam dunia diorang sendiri. sampai isolated dari sekeliling. Sebab tu tak boleh nak capture perbualan orang lain yang tak melibatkan dia. (kurang vocab)

Kami sebagai parents kena tahu macam mana nak masuk dalam dunia diorang. Jangan paksa diorang sebut perkataan yang kita nak. Tapi cuba teka apa perkataan yang anak tu cuba cakap. Contoh macam dia tengah main kereta. tiba tiba kita datang bawak bola, tanya dia ni apa? memang dia tak layan la der. (itu yang mami selalu buat sebelum ni.. haihhh) kita kena join dia main car tu. tapi pelbagaikan ayat. cth macam "woww.. abang ada car merah la / lajunya car abang.. vroomm / mami nak pinjam car boleh?" Kalau dia nangis jangan terus tanya kenapa nangis ni? tapi terus teka. 'Abang sedih ke? abang lapar? Abang sakit ke? Abang nak toy tu?' Sebab kalau kita tanya kenapa.. apa yang kita expect dia jawap? "Abang nangis sebab lapar nak makan berger kfc".. untuk budak2 yang tak ada masalah speech delay maybe yes. Tapi in this case.. tak boleh.

Haih.. banyak nya yang saya salah rupa nya. Nasib baik Allah gerakkan kan hati kami nak dapat kan bantuan cepat. Sebab ST tu cakap ada je kids yang umur 10 tahun tapi bila test, perkembangan bahasa dia masih di umur 6 bulan.

Kata kata (orang cakap) " alaa...biasa la tu budak lambat cakap. Sampai masa dia bercakap nanti dia cakap la " mungkin dah tak applicable di zaman sains dan teknologi ni (eh.. ? ter trobek lagu sekolah pulak )

GADGET ABUSE: SALAH SIAPA? 

Rasanya tak perlu nak tuding jari pada sesiapa. Dari dulu lagi memang dah ada kes speech delay ni, tapi kehadiran gadget mengeruhkan keadaan. Banyak sangat mesej, article yang viral di media social berkenaan gadget boleh menyebabkan autisme dsb. Nak sebarkan kesedaran tu boleh. Tapi jangan over sangat boleh? nonsense. Yes. Gadget is bad. We get it. Fine. Tapi bila parents yang ada anak anak istimewa tu dipersalahkan atas sebab sebab yang belum sahih, kesian diorang. 

Smartphone start glemer masa tahun 2010 - 2011 macam tu. Sebelum tu dah ada tapi tak ramai orang guna. Kalau perasan, viral pasal gadget abuse ni start dua tiga tahun lepas. Sebab apa? lepas dah dua tiga tahun guna, baru orang nampak keburukan gadget tu. My point is, parents yang anak anak dia lahir sekitar 2010-2012 masih belum nampak lagi bahana akibat gadget ni masa tu. Sebab tu berleluasa sangat. Masa tu (saya) hanya nampak kebaikan je. Boleh belajar ABC, 123, nyanyi tengok ipad. (H dah kenal dan hafal 1-10 A- Z masa umur dia setahun) Mana tahu benda benda tu akan lemahkan daya tumpuan dia, boleh lemah kan finemotor skill dia. Serious tak tahu masa tu. Kalau tahu memang Ampun mak tak bagi nakk !!!

Jadi kami slowly cut masa yang dia boleh spend dengan gadget. Malam tak boleh tengok langsung. Mami dedi pun sama. (kalau nak tengok kena sorok sorok) .

SELEPAS 6 BULAN

Selepas dua tiga sesi, Alhamdulillah teacher dia kata dia dah on the right track. Dah tak payah datang setiap 2 atau 3 bulan. Tahun depan baru datang lagi. Just for monitoring purpose. Kenapa dua tiga sesi je? Sebab semasa setiap sesi, ST akan ajar dan demo cara cara berkomunikasi yang betul. Dan parents yang kena praktikkan kat rumah. Memang tak cukup kalau nak buat semua dalam masa sejam sesi dengan ST. Gigih kami beli mainan sebijik sebijik macam yang ada dalam bilik ST tu. Sampai mainan masak masak pun beli (even H boy). Nasib baik tak beli baby doll ! ( Kat bilik ST tu banyak) Poyo je. Walhal tak yah pun takpe. haha. Boleh je guna apa yang ada kat rumah. Tapi kena kreatif untuk bagi dia berminat.

SETAHUN KEMUDIAN

Tahun ni dah hantar pergi school. Alhamdulillah. Teacher teacher di little caliph sangat sangat supportive. Masa awal hantar, saya jelaskan semua pada teacher dia. A to Z pasal H. Seminggu yang pertama, memang drama. Abang drama tanak pergi school, adik drama nak ikut abang pergi school. 😒

H tak pandai pegang pensil. Saya tahu. Jenuh ajar kat rumah. Tapi dia naak jugak pegang cara dia. Ajak main toys yang boleh develope fine motor skill, semua dia giveup. Teacher dia perasan. Teacher dia suruh H koyak koyak kertas. Buat tu hari hari sebelum start kelas. Buat aktiviti yang boleh ransang fine motor skill. Lama lama dia dah boleh pegang pensil. Pegang gunting. Alhamdulillah. Tq teacher izzati. Banyak bantu H. Tak give up dengan H.




Dua bulan selepas sekolah, banyak sangat progress dia. Mami dedi happy sangat sangat (campur pening). Dah boleh cakap lancar, dah pandai melawak (loyar buruk macam dedi), dah pandai pegang pen betul betul, dah pandai lukis mami (berjaya lukis bentuk muka + spec), berani cuba benda baru (sebelum ni semua takut nak explore), pandai nyanyi, pandai main dengan kawan, pandai dah baca sikit sikit. I am SUPER HAPPY ! Alhamdulillah. H yang sekarang bukan H yang dulu. Dah riang !

Perjalanan H, insyaallah ada jauhh lagiii..Semoga H terus membesar dengan sihat, riang, jadi anak yang soleh, yang bijak, yang selalu sayang mami dedi macam Mami Dedi sayang Abang ! Amin

Update : After a year sending him off to Little Caliph kindie


A post shared by ima abdul khalil (@imaabdulkhalil) on


A post shared by ima abdul khalil (@imaabdulkhalil) on

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...