Selasa, 30 April 2019

Travel | Korea ( jom.pikorea review: travel agency dari neraka ! )

Assalamualaikum

Travel log kali ni will not be the same as before.

Kali ni takde sangat *we had joy we had fun all that*

Because

Its bad. Its really bad


Kami pergi ke Korea semasa musim bunga dengan menggunakan khidmat traveling agency. Pertama kali guna. Banyak kali fikir jugak sebenarnya.

Antara sebab utama kami hire mereka adalah masalah komunikasi. Kalau jalan negara omputih senang. Sesat ke ape still boleh tanya orang.

Tapi tak banyak agency sediakan private trip. Bukan tak nak campur orang, tapi susah kot nak manage dengan anak anak kecik ni

Jadi bila saya terjumpa satu agency di ig ( @jom.pikorea) yang menawarkan perkhidmatan private trip, saya terus mintak quotation. The price is quite high but still within the budget. Tengok review orang pun macam ok. So we said YES.

Long story short, beberapa bulan sebelum tarikh penerbangan kami (in march to be exact) saya ternampak pihak agency mengiklankan kekosongan seat ke korea pada tarikh yang sama kami pergi. Saya dah mula curiga masa tu. Kenapa nak open lagi? Bukan private trip ke? Tapi takpelah. Husnuzon πŸ™„ mungkin mereka ada ramai agent

Beberapa hari sebelum tarikh penerbangan, kami diberitahu yang zai (nama agent yang kami berurusan dari awal) tidak akan menemani kami. Tetapi sebalik nya aqilah. Zai kata dia kena uruskan group lain. Ok fine. So i thought this aqilah akan ikut kami all the time.

Sampai sahaja di airport, kami jumpa aqilah beberapa saat je. Dia salam, say hai. then hilang. Aqilah cuma brief kawan saya yang sampai awal sikit tentang cara check in luggage dan kemudian join zai di group yang lagi satu 🀷‍♀️ kawan saya lah yang ajar kami pulak. Memandangkan sekarang luggage tag semua tu kena print sendiri. Sebelum ni semua tu ada pic yang uruskan. Ok fine. Boleh terima

Selepas check in luggage, kami tak jumpa dah si aqilah ni. Dia say hi je. Bye bye takde πŸ™„

Syira (kawan saya yang ikut sekali trip ni) kata aqilah tak ikut kita

Oklahh. Kita teruskan perjalanan kita tanpa aqilah

Saya tak ingat bila first time jumpa zai. Rasanya masa di kaunter imigresen. Peramah orang nya. So hati saya sejuk sekejap bila berborak dengan dia.

Sesampai nya kami di Incheon airport, zai dan rombongan dia tunggu kami di luar pintu kapal terbang. Nampak je kami dia terus gerak tanpa brief apa apa. Terpinga pinga kami.

Tapi kite ikut je la bontot dia dari jauh. Dengan lautan manusia kat situ, sekejap nampak dia, sekejap hilang.

Rupa2 nya kena naik train. Nasib baik Syira sempat jerit tanya masa zai meluru masuk dalam train

*nak pergi mana niii
*takpe2 satu stesen jeeeeee (Dia menyahut dari jauh)

Omg. Ko rasa? Syira dengan husband dia tertinggal train kot. Sebab tak muat. Sampai je next station tu, haraaaam dia nak tunggu. Dia suruh kami teruskan jalan. Takpe jalan je jalan jeee katanya. Kami punyalah risau kot budak berdua tu sesat. First time datang kot. Agak agak la. Tengah blur lagi baru bangun tidor. Zai suruh kami tunggu dia depan signboard incheon airport. Tu pun dorang berhenti sebab nak bergambar. Jauh kot dari train tadi. Lama jugak tunggu tapi budak berdua tu tak muncul. Rupa2nya dah sesat ke lorong korean passport

Kami boleh gelak2 lagi masa ni. Maklum la. Tengah semangat. Baru sampai korea πŸ’‍♀️

Selepas settle semua urusan, kami diperkenalkan dengan afifah. Katanya afifah akan temankan kami di korea. Ok. Lega dah bila ada guide

Tapi rupanya2 afifah ni salah seorang guide je. Guide kami akan bertukar setiap hari (diorang ni student malaysia yang belajar kat sana)

wth?! Kalau setakat ko nak hire student sekejap sekejap macam tu, kitorang pun boleh cari sendiri la weiiiiiiiii.. Pfft

Sekarang ni aku nak tanya, KENAPA group yang lagi satu KAU boleh guide A sampai Z, tapi kami ni dah macam melukut di tepi gantang?😀

Kami hire ko dulu kot. Dari tahun lepas lagi dah deal. Tibe2 ko create group lain dan guide group tu pulak??! Alaaaaahaiii


Tapi dalam banyak banyak guide yang bertukar tukar tu ada sorang je guide yang betul betul bagus. Nina namanya. Nina guide kami di palace dan everland. Dia memang sangat concern pasal kitorg, ada satu malam kedai kami nak makan tutup sebab dah lewat malam, so dia offer nak tapau kan dari kedai lain kemudian hantarkan. Bila di tanya dia naik apa. Jalan kaki katanya. Aduh.. Terharu.. Tapi dah tentu tentu lah kami cakap tak payah. Kami ada bawak bekal dari malaysia. Takpelah, makan apa yang ada je. Dia punya risau tu... Ala kak, tak boleh la macam tu, saya kena make sure akak semua dinner. Sampai macam tu weh.. Aku rasa, lagi baik aku bagi semua duit yang kitorg bayar agent tu kat nina ni je. Lagi berbaloi. Huhh

Budak budak ni pun asik cakap rindu kat aunty nina.








Thank you Nina! We LoVE u! 


The worst guide yang kami dapat adalah masa di Nami. Dah la tukar itinerary tanpa bagitau kami. Nami sepatutnya hari ke tiga. Tapi dia anjak ke hari ke lima. Reason? Dia tak available hari lain. So what? Tak available tak payah lah. Hari last tu, semua orang pun dah lemau dah nak bergambar. Owh... Lupa nak bagitau, kami bayar dia extra sebagai photographer. Zai yang cadangkan. Dia ambik gambar cantik katanya πŸ™„

Gadget semua memang wow dah. Tapi sayang ~

Aku tak paham kenapa dia mesti guna bokeh hampir kesemua gambar

Almost 80% 🀦🏽‍♀️

Ehh.. Dekat NAMI kottt... View cantik giler..

Yang ko pergi blurr kan sampai tahap molekul dah kenapa? Tak nampak rupa pokok dah belakang tu πŸ˜‚


review
Gambar lawa. Tapi sayang. Background blur sangat. Ni edited version. Aku edit sendiri lighting semua tu

Sebenarnya aku takde lah marah sangat kat mamat ni. Sebab dah nama pun amatur. Takde lah letak high expectation nak gambar lawa macam che ta masa holiday

Tapii...

 πŸ˜ͺ

Ni yang buat aku marah sebenarnya πŸ‘‡πŸ½

Dia keep on cakap kena balik awal. 230pm dah kena gerak katanya. Aku takde la pulak tanya kenapa.

Eh jap, sebelum tu biar aku tambah nasik bagi tragikkan lagi cerita ni. Masa kat nami kami lunch nasi goncang. Malangnya tak kena dengan tekak kami. Tak boleh nak telan beb. Asalnya katanya akan lunch di asian restaurant , tapi full pulak. Maka terpaksa lah jamah jugak , buat alas perut. Anak anak memang langsung taknak (kecuali mysha). Mujur aku ada bawak cereal biskut. pendek kata kami memang kelaparan dan looking forward for dinner.

Lepas makan, kami sambung cuci mata view cantik di Nami sambil bergambar. seperti yang tourguide tu insist, kami balik awal. Ingatkan kena balik awal sebab pulau tutup awal ke. Tapi ramai je lagi orang kat situ masa tu.

Sampai je kat hostel, si fikri (photographer+tourguide) tu terus hilang. Tak sempat salam pun dengan ijat dan azri. eh, habis tu kitorg nak dinner macam mana ni?

Ntahla kenapa masa tu boleh fikir positif lagi. Maybe dia nak balik cepat sebab nak edit gambar kot (sebab laki aku ada tanya dia nak pergi mana lepas tu, dia cakap dia terus balik)

So apa yang buat aku marah?

Rupa rupa nyaaaa, dia boleh join Zai and the gang DINNER wehhhhhhhhhhhhhhh... Siap sambung photoshoot dengan diorang

Macam mana aku tau? Si mamat ni dengan tanpa rasa bersalahnya boleh upload semua gambar yang dia ambil dalam cloud. Termasuk gambar mereka yang sedang tersenyum gembira. Wahhh terbaik lahhhh 😏




So sebab tu la ko nak balik awal kan?

Zai pulak ter mengaku masa kat airport yang fikri dinner dengan diorang. Masa aku persoalkan kenapa tak ada orang guide kami dinner malam tu.

Bila aku tanya, abis tu tak pelik ke kenapa fikri boleh dinner dengan diorang. Tau apa dia jawab?

*sumpah ima, zai taktau korang tak dinner lagi. Ingatkan dah dinner siap siap kat nami.

Wtf?? Dia memang tau kot kitorg gerak dari nami sebelum pukul 4. dinner kejadah nya?

Pesanan KHAS buat Zai : kalau nak menipu, tolong cerdik sikit.

{ Updated (on 2May2019):

Agaknya dah tak tau nak jawab apa, tiba tiba terus refund another RM100 🀷‍♀️

Then they left the group🀦🏽‍♀️

Lepas diorang refund tu, Hati ni masih ada rasa terkilan. Ntahlah. Memang diorang refund. Tapi berapa sangatlah? Ape kata dah alang alang refund tu, ko refund full terus? AHAHAHAAAAA
Tebus balik untuk masa dan tenaga kami. Untuk perasaan kami yang dipermain kan ni !

 
Kemuncak api kemarahan kami ditiup semasa hari terakhir di korea

Sehari sebelum tu, Zai dah ada cuba suruh kami tolong angkat kan beg diorang ke kereta. Katanya mereka akan sediakan 3 kereta. Satu kereta angkut beg, dua lagi kereta angkut orang.

Tapi diorang akan gerak awal sebab driver diorg ada hal petang tu. dia tanya kami nak gerak kul berapa. Aku cakap 430pm. dia nego. Mintak 530. Aku ok kan je. Tibe2 driver cakap hanya boleh datang kul 6pm. Ok fine. Sebelum tu aku ada ckp kami nak jalan dulu last day tu. Kalau boleh nak g dondaemun. Nak tgk toys. Ada adik aku kirim tomica tak jumpa lagi. Dia diam.

Kami buat tak nampak mesej yang suruh angkat luggage tu. Sebab.. . Eh. Cam hanat nya permintaan

Masa last day, dia last minit kata kena checkout kul 12pm. Sebelum tu dia nak nego dengan owner kul 3 katanya. Tengah kelam kabut mengemas, dia mesej aku, cakap kalau aku nak check out lambat boleh. Sebab bilik aku lepas tu takde orang nak check in. Tapi kena bayar extra. Katanya dia try nego harga murah sikit. Aku kata takpela, kami check out kul 2. Sbb nak jalan dulu sblm gerak. Tapi dia macam keep on insist kitorang keluar kul 5pm. Dia try nego harga lagi katanya

Konon sebab kami ada baby. So dia kesian. Bila aku tanya dia nak pergi mana lepas checkout. Tak g mana katanya. Driver terus hantar pergi airport. So diorang akan melangut kat sana.

Aku pun setuju (checkout kul 5)

For the record kami kena tambah 40000krw

Tak jadi lah jalan. Duduk je kat bilik (sebab takde orang nak guide)

Kami lunch cekodok adabi je masa tu. Diorang g lunch tak ajak pun. Tau tau je balik hostel muka kenyang πŸ˜‘

Yang paling best dia suruh ijat monitor uncle van (kononnya) angkatkan beg dorang masuk kereta. Dia dah tanda beg dorang siap2 katanya

Bertuah la uncle tu nak angkat. Aku tengok pun kesian. Dorang dah tua kot. Beg group tu ada 12!

Tau sape yang kena angkat? Yassss.. Ijat dengan azri la. Sape lagi? Jangan risau, aku ada video dan semua screenshot conversation agent hampeh tu sebagai bukti.
Kalau ikutkan hati yang tersakiti ni, memang aku tinggalkan je kat situ !











Ok. Kita dah sampai ke kemuncak gunung berapi meletus.

Korang...

Kami sampai dulu kat airport weiiiiiiiiiiii

Dia gerak kul 3 tapi kami gerak kul 6 boleh sampai dulu?

Bila ditanya mana diorang, tadi kereta breakdown katanya. Lepas tu jammed.


Alololooooooooooooooooooooooooo.. Syiannnnnnnn sangatttttttttt 😏


Ada hati pulak suruh kami angkut, tolakkan beg diorg masuk dlm airport...

Abis tu beg aku sape nak tolak? Anak anak aku sape nak pegang?

Cantiknyaa perangai.


Ingat aku nak percaya lagi apa ko cakap?

Ape kata jujur je.

"Kami nak pergi shopping lenggang kangkung ni. Korang tolong angkat kan beg kami kay. Korang duduk la mereput kat bilik tu di hari terakhir yang indah di Korea ni.. Byeee"

Hari terakhir. Tak ada pengiring. Tak lunch. Kena angkat beg orang. Terpinga pinga di airport.

What a closure.

We did had a good time. (thanks to Nina)

But all those unnessary stress? Really frustrating

No one should ever be treated this way.

So please guys

Becareful with this travelling agency

@jom.pikorea
( flying worldwide resources )
***sekarang dia dah tukar nama dan dah block kami di ig


Kepada Zai,

Kita bukan kawan. We hardly know each other. Kau tak ada hak nak arahkan kami angkat luggage sesiapa pun. Boleh je kami buat hati kering tinggalkan beg tu kat hostel. Tapi kami tak sejahat kamu. Kita tak sempat pun jadi kawan. Dan tak mungkin akan berkawan. Perangai putar belit macam ni? No thanks

Bila dah jadi macam ni, aku taktau nak buat apa. aku mintak refund untuk hari yang kami tak disediakan guide. And they paid. But still, hati ni masih sakit.

Siapa nak ganti masa kami yang di sia siakan? Tenaga yang di gunakan? Emosi yang di calarkan? Kepercayaan yang di hanat kan?


Bila fikir balik, yang buat kami marah sangat sangat sampai sekarang ni, mungkin sebab tak ada closure. Kami masih tertanya tanya. Kenapa? Kenapa kami tak dapat private trip yang dijanjikan? Kenapa kami tak ada tour guide yang uruskan kami A-Z macam group yang lagi satu dapat? Kenapa kami diperhambakan untuk angkat bag group korang yang berkoyan koyan tu dari hotel ke kereta sementara korang bersukaria makan makan ambik angin di hari terakhir di korea? Sedang kan korang tau group kami ni, ada 4dewasa je yang lain semua budak kecik. 

Ntahlah

So apa yang best nya Korea? Nanti bila hati dah sejuk, saya cerita k

Till then



-insan yang terluka 












































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan