Rabu, 21 Disember 2022

Travel | Pulau Perhentian



Assalamualaikum

Lega sangat bila dah masuk fasa endemic ni kan. Dah boleh merayap macam dulu dulu pre-covid tanpa sop ketat BUT still with cautious of course.

So we went to Perhentian Island. Coral Bay, Perhentian kecil to be exact.

Untuk trip ni kami takde ikut mana mana pakej dari travel agent


Penginapan

Kami stay di Shari-La resort. Kenapa shari-la? 

1st sebab dia ada private beach yang tak kongsi dengan resort lain

2nd, sebab kami tak ambil all-in pakej dengan travel agent. 

All-in pakej ni, biasanya dia akan rancang perjalanan kita include semua makan minum hotel snorkelling trip sewa itu ini. 

Untuk sesiapa yang travel tanpa anak kecik memang berbaloi dan mudah. Semua dah di atur, tinggal ko nak g sana, bawak baju dengan badan je

Tapi untuk kami yang ada 4budak ni, rasanya lagi ok kalau plan sendiri. 10, 7, 4, 2 tahun. Bayangkan macam mana nak handle kalau campur orang beramai ramai. Kang ada yang nak terkencing la, nak susu la, meragam la

Tak ke naya kat orang lain? 🀣

Ghisau mami ghisauu

Jadi kami tak ambik pakej all in, kami plan sendiri.

Kalau Shari-la ni takde masalah nak cari makanan ke trip ke apa sebab kat pantai dia ada banyak kedai makan dan bot bot yang offer snorkelling trip siap boleh sewa lifejacket snorkelling gear semua tu. 

3rd, sebab shari-la antara resort yang ada option bilik luas untuk family. Kami book suite room. Ada dua katil queen. Sesuai la untuk kami berenam. 

Transport

Kami dari Kuantan. Jadi dah tak berapa jauh untuk memandu ke Kuala Besut. Sesampai sahaja di jeti, ada pekerja company speedboat ronda naik motor buat isyarat tanya dah beli tiket ke belum. Suami jawab belum, dia cakap ok ikut dia. Dia guide kami ke parking depan tempat beli tiket untuk park sementara dan turunkan barang dan bawa ke kaunter tiket. Lepas tu dia temankan suami cari parking kosong . Dia naik motor dan ikut sama cari parking. Lepas dah park, dia bawakkan semula suami ke tempat load barang tadi. 


Tambang bot dari Kuala Besut ke Perhentian Kecil 

RM70 untuk dewasa 

 RM40 untuk kanak kanak 

(pergi dan balik)


Kami tunggu beberapa minit kat situ sementara untuk tunggu cukup orang untuk satu trip


Yang tak bestnya, masa tu kebetulan ramai orang

Semuanya dia sumbat sekali dalam satu bot. 

Eh aku la. Dah la kami ni bawak budak budak

Dok berasak asak macam tu musim musim covid ni

Spoil mood betul 😏


Ya Allah, perenggan kat atas ni aku tulis seminggu lepas balik dari Perhentian. Lepas tu sibuk hal donia terlupa langsung nak sambung 🀣

Bila nak create post lain baru perasan, eh ada draft yang belum publish ? LOL


Kite sambung balik eh


Harap harap masih ingat lagi details


Ok so kami book bilik suite di Sharila. 

Tapi kami sampai agak lewat . Lebih kurang 4 ke 5pm macam tu. 


Sesampainya di hotel, bilik yang kami book dah penuh. Jadi mereka upgrade (free) ke bilik yang lagi besar, which is the VIP suite

Bilik lebih luas dan menghadap laut. Sunset view. 

Alhamdulillah 

Rezeki ❤️

 


Ku dah ter delete pulak view depan bilik 🀣 Nah gambar ootd seketul mami anak 4. Tempat ni bersebelahan je dengan depan bilik kami




πŸ‘†antara moment indah yang sempat dirakam




Bergambar kenangan depan bilik


Snorkelling 


Untuk snorkelling, kami sewa satu bot untuk kami sekeluarga. Akak yang jaga kaunter tu bagi rm300 untuk satu bot. Sebab kami ni ada budak kecik ramai
Risau pulak susahkan orang lain kalau ada yang meragam nanti. 


Contact no snorkelling trip: (Norli) 019- 9718536





Ni tempat yang kami makan. Tak dan nak explore kedai lain. Ni pun pergi masa balik. Sebab hari pertama, sampai dah petang. Dah lunch siap siap kat kuala terengganu. Malam kami makan megi. Malas nak keluar. Penat. Hahaaa

Esoknya tu, kami lunch dekat kampung nelayan. Memang biasanya kalau ikut trip snorkelling, diorang akan bawa ke situ untuk lunch. Memang meriah. Ada banyak pilihan makanan

Di kedai makan. Gambar kedai nya lupa nak ambik. Lapor πŸ˜‚


Malamnya pulak kami dinner buffet kat hotel.  RM30 perhead.

Makanan dia, ok la. so so. Time lapor ku bedal je


Antara menu di gerai tepi pantai












Not bad la harga dia. Macam standard kedai hipsturr kat belah sini

Kami pergi tigahariduamalam je

Memang rasa tak puas

Insyaallah nanti kalau ada rezeki kami datang lagi ❤️

Till then 
until we meet again Perhentian πŸ’–

                                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...