Rabu, 31 Mei 2017

Travel Log : Gold Coast Australia Part 2 (Currumbin Wildlife Sanctuary)

Hi!

Jom kita sambung cerita perjalanan ke Gold Coast Australia 😉

kangaroo yang sangat jinak dan mudah di dekati

Kami sampai di Coolangata Airport kira kira jam 640 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar. Atas kapal terbang  pramugari edarkan declaration form untuk diisi. Form nya simple je. Macam nak isi borang kat bank. Pangkah2 mana yang berkenaan. Kami isi bila sampai kat airport Coolangata sebab tak bawak pen 😒 grrrrr.. Macam mana boleh terlupa ntah.

Selepas check passport di kaunter imigresen, pick up beg, ada beberapa check point yang akan mintak tengok declaration form tu. Masa ni kami tunjukkan sekali list semua barang yang kami bawa masuk (makanan + ubat) Contoh list boleh rujuk post saya sebelum ni. Respon dari pegawai pegawai tu macam "owh great.. good job guys" . kembang jap kena puji. kikiki. Pegawai tu remark something atas declaration form tu. Then dia suruh proceed ke lane 2. Konpius jap. Apesal lengang je lane ni. Lane sebelah punyala panjang Q. Ada satu couple je beratur depan kami. Tapi time ni dah gabra. Sebab nampak ada anjing hitam besar dekat sebelah kaunter.. Omaigad omaigadd.. Nape ade anjing ni.. Berdebor habis dah mami.. Pastu baru teringat, ada declare bawak drugs (medicine). Maybe sebab tu la kot. Tapi budak budak ni pulak boleh bantai buat muka excited bila anjing tu datang dekat 😃 Siap dah hulur tangan nak pegang. Haihh. Tapi sekejap je. Anjing tu just hidu gitu gitu je beg. Tak payah bukak pape pun. Lepas tu pegawai tu senyum terus bagi lalu. Fuhh..legaaaa. Alhamdulillah takyah bersoal jawab. Beg pun takyah kena bukak.

Pick Up Kereta Sewa

Lepas booking online hari tu, APEX dah terangkan dalam email, settle je baggage, terus call diorang supaya mereka boleh hantar shuttle untuk pickup kami (kereta kena ambil di tempat lain. dekat je tapi). Tapi nak call tu, kenala cari Sim Kad Australia dulu. Ada jual dalam kawasan airport. Tempat tunggu shuttle tu kat sebelah kiri, tempat jual sim kad ni nunn jauh kat wing sebelah kanan airport. Adoi penat menapak.

Sim kad boleh beli di sini.

Di luar kedai akan ada orang tolong activate sim kad
Shuttle sampai tak lama selepas kami call. Sampai je office APEX, staff dia dah standby kat kereta. offer tolong angkat barang siap2 dalam boot, sambil tu mintak lesen dan credit card supaya kami tak menunggu lama untuk dia process. Settle sumbat barang, kami masuk office, staff tadi tu dah siap key in data semua. Tinggal sikit sikit je additional information yang dia perlu tanya kami. Staff tu memang friendly sangat sangat dan terangkan satu persatu terms and condition sampai kami faham. Bila dah settle semua, kami pun mulakan perjalanan. Nasib baik budak budak tu tak memberontak sebab kena duduk car seat. 😆😆

Currumbin Wildlife Sanctuary

Untuk jimatkan masa, kami terus pergi sini dulu sebelum check in hotel. Lagipun check in kul 3pm, dan lokasi sanctuary ni memang sehala dengan perjalanan ke biggera waters. (dekat dengan airport)

Mula mula Ijat nervous jugak nak drive sendiri kat tempat orang. Tapi Alhamdulillah tak susah pun nak cari tempat ni. Guna google maps je. Terus sampai. (Internet dia super laju!) Jalan pun clear je. Sepanjang kami di sini, takde langsung tersangkut dalam jammed. Dan orang sini tak ramai yang naik motor. Mereka lagi suka naik basikal. Siap ada lorong khas untuk basikal everywhere.

Sepanjang perjalanan, budak budak ni tak habis habis tanya mana koala, mana kangaroo.. lambat lagi ke.. dah sampai ke? Ghenyang sungguh. Sebab tu bila diorang nampak je gerbang ada gambor koala, terus ngelejat ajak masuk. Mengamuk bila suruh tukar baju. Haihhhh

Nasib baik dah beli tiket siap siap, takyah beratur panjang, just tunjuk je kat entrance, scan bar code, cop tangan sorang satu terus jalannn. (jangan lupa ambik map sebagai guide)

Sejuk sangat udara kat sini masa ni (peralihan ke winter).. Jalan jauh sikit pun takde hal. Asalkan jangan direct kena matahari. Berpinau mata 😖. Haiwan haiwan dekat sini nampak terurus je. Semua nampak sihat (dalam ni ada wildlife hospital). Ada banyak sangat koala + kangaroo. So takyah berebut dengan orang lain untuk bergambar. Kawasan dia luas. Menyesal tak bawak turun stroller. Tapi nasib baik ada train yang boleh bawak pusing pusing satu park. Kurang sikit penat.

entrance gate
Souvenier shop : lalu sini dulu sebelum entrance gate


Akhirnya dapat tengok baby dalam poket 😍

Syok je dia tidur




Penat dah jalan. Kite naik train pulak

Kat sini ramai volunteer. Kebanyakannya umur atuk nenek dah. Tapi dia punya semangat tu... Memang tabik spring toing toing! Mesra sangat sangat, sentiasa senyum, pakaian kemas, friendly, setiap kali terserempak dengan kami mesti diorang akan tegur, 'how was your day? are you having a good time?" dengan senyuman yang paling ikhlas tak dibuat buat. Staff dia pun semuanya mesra rakyat. Kagum !
Jadi kalau ditanya berbaloi ke tak datang sini, memang kami akan jawab BERBALOI BALOI !
Kami pusing pusing sanctuary ni lebih kurang sampai jam 130petang. Perut pun dah berkeroncong, beli ole ole apa yang patut, chiaw. Check in hotel. Makan. Rehat.

Kita sambung lagi nanti k. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...