Rabu, 21 Disember 2022

Travel | Pulau Perhentian



Assalamualaikum

Lega sangat bila dah masuk fasa endemic ni kan. Dah boleh merayap macam dulu dulu pre-covid tanpa sop ketat BUT still with cautious of course.

So we went to Perhentian Island. Coral Bay, Perhentian kecil to be exact.

Untuk trip ni kami takde ikut mana mana pakej dari travel agent


Penginapan

Kami stay di Shari-La resort. Kenapa shari-la? 

1st sebab dia ada private beach yang tak kongsi dengan resort lain

2nd, sebab kami tak ambil all-in pakej dengan travel agent. 

All-in pakej ni, biasanya dia akan rancang perjalanan kita include semua makan minum hotel snorkelling trip sewa itu ini. 

Untuk sesiapa yang travel tanpa anak kecik memang berbaloi dan mudah. Semua dah di atur, tinggal ko nak g sana, bawak baju dengan badan je

Tapi untuk kami yang ada 4budak ni, rasanya lagi ok kalau plan sendiri. 10, 7, 4, 2 tahun. Bayangkan macam mana nak handle kalau campur orang beramai ramai. Kang ada yang nak terkencing la, nak susu la, meragam la

Tak ke naya kat orang lain? 🀣

Ghisau mami ghisauu

Jadi kami tak ambik pakej all in, kami plan sendiri.

Kalau Shari-la ni takde masalah nak cari makanan ke trip ke apa sebab kat pantai dia ada banyak kedai makan dan bot bot yang offer snorkelling trip siap boleh sewa lifejacket snorkelling gear semua tu. 

3rd, sebab shari-la antara resort yang ada option bilik luas untuk family. Kami book suite room. Ada dua katil queen. Sesuai la untuk kami berenam. 

Transport

Kami dari Kuantan. Jadi dah tak berapa jauh untuk memandu ke Kuala Besut. Sesampai sahaja di jeti, ada pekerja company speedboat ronda naik motor buat isyarat tanya dah beli tiket ke belum. Suami jawab belum, dia cakap ok ikut dia. Dia guide kami ke parking depan tempat beli tiket untuk park sementara dan turunkan barang dan bawa ke kaunter tiket. Lepas tu dia temankan suami cari parking kosong . Dia naik motor dan ikut sama cari parking. Lepas dah park, dia bawakkan semula suami ke tempat load barang tadi. 


Tambang bot dari Kuala Besut ke Perhentian Kecil 

RM70 untuk dewasa 

 RM40 untuk kanak kanak 

(pergi dan balik)


Kami tunggu beberapa minit kat situ sementara untuk tunggu cukup orang untuk satu trip


Yang tak bestnya, masa tu kebetulan ramai orang

Semuanya dia sumbat sekali dalam satu bot. 

Eh aku la. Dah la kami ni bawak budak budak

Dok berasak asak macam tu musim musim covid ni

Spoil mood betul 😏

Sabtu, 4 Mei 2019

Travel | Korea


Jomlah, kita move on dari pengalaman pahit kelmarin dengan travel agent tu. 
Ikutkan hati nak viralkan aje deme. Tapi nanti ter bagi free publisiti pulak kan

So, tak payahlah. Buang karan.

Cukup sekadar kalau orang google nama dia/company dia, akan keluar that bad review.

Setuju?

Ha jom baca pengalaman kami di korea. 
Mana tau, lepas ni korang pulak pergi sana, boleh la target tempat tempat ni kalau berkenan



Hari pertama

Masa kami sampai, dah lewat petang. Kami terus dibawa ke hostel untuk check in, solat, lepas tu keluar balik. Makan di sekitar hostel (sinchon) tu je
Hostel tu , nanti tanya hubs dia ada ambik tak gambar. Tapi takyah la kot, biasa biasa je hostelnya. Tapi boleh la untuk buat tempat berteduh. (Ni angkara travel agent taguna tu la ni) eh sori teremo balik. Korang hati hati la k kalau nak guna travel agent.


Tarik nafassssssss

Ok done

Kite sambung

Ni kedai makan pertama yang pergi di korea πŸ‘‡πŸ½

GOSAME nama kedai tu. SEDAP ! Kami repeat masa hari keempat





Macam ni la kalau berjalan dengan anak kecik. Makan kena bergilir 🀣

Kami makan sotong masak cili, sup tauhu telur (tak ingat nama), dan ikan bakar. Cukup rasa, boleh ngam la dengan tekak melayu kami ni 

Hari kedua

Kami dibawa ke Namdaemun, Kwanjang, dan Myeongdong. Ni tempat shopping. Ada kain cotton, hanbok, souvenier etc.
Kain cotton korea femes kan kat malaysia? Ha kat sini ada banyak gila pilihan cantik cantik. Harga pun ok. Around RM20-30 untuk 4meter.
Hanbok tu memang cantik. Baju traditional korea
Tapi harga dia keras wo 🀣
Tapi memang sepadan la dengan kuality. Cantik gila. Kalau banyak duit, memang ku beli dah. Untuk kenang kenangan. Tapi tu kalau la…kalau

Uncle ni baik gila wei ! Lembut je cakap, rajin betul dia layan kami

Sailormoon! 

Kitorang sakan borong stokin 🀣 comel naw

Tapi hari tu cuaca tak menentu. Kejap hujan, kejap ok. Tapi memang sejuk sampai ke tulang gaiss πŸ₯Ά nak jalan pun teketar2. Aku ni dah la memang spesis tak tahan sejuk. Nasib baik ada standby baju panas untuk budak2 ni. Mak bapak nya je yang tak bawak. Malas nak pegang konon. Ha ambik kau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, mendapatlah kau 😭







Kami lunch dekat stall tepi jalan je. Rasanya tu kedai orang pakistan /arab. Dia jual kebab. Nasik pun ada. Lain lain pun banyak lagi. Tapi lupa pulak nak snap gambar menu. Ate sejuk benor masa tu. Tambah pulak dengan lapor nya lagi. Memang ingat makan je dah.

Rasa dia, ok lah. Boleh telan. Alas perut sementara tunggu dinner

Sejukkkkkk πŸ₯ΆπŸ₯ΆπŸ₯Ά


Kami singgah di kedai kerongsang. Eh, kedai ke? Nampak macam mini kilang πŸ€”

Kebanyakan kedai hanya jual pukal. Tapi guide kami bawak ke satu kedai yang boleh beli sikit2. Tapi garang weh aunty korea kat sini πŸ˜†

Budak budak ni bising sikit je, dorang terus shhhhhh.. Shhhh.. Sit sit..(muka garang habis). Maybe tak boleh bising sebab diorang nak fokus kot 🀷‍♀️

Makanya, itu bukan tempat yang sesuai untuk kanak kanak ya kawan kawan. Better tinggalkan diorang dengan partner kat luar sekejap sementara yang lagi sorang pilih kat dalam.

Rambang mata nak pilih

Untuk dinner kami makan di restoran melayu. Kampungku namanya. Agak mahal makan kat situ. Tapi ok lah. Dapat melepas rindu makanan Malaysia. Eceh. Baru hari kedua. Poyos





Yang special nya restoran tu sebab ada disediakan surau yang selesa. Toilet yang boleh cebok guna air 🀭

Lepas makan, kami jalan seround lagi. Lepas tu balik. Rehat

Hari ketiga

Masa ni kami jumpa nina (tour guide)
Destinasi kami yang pertama, National Palace Museum of Korea.
Nina bawa kami sewa hanbok dan kemudian baru gerak ke palace. Jauh jugak nak kena menapak.
Nasib baik sejuk. Kalau tak confirm menitik2 peluh

Garangnya princess ni

Kawasan palace ni sangat besar. Memang cantik sangat untuk bergambar. Tak rugi sewa hanbok. Boleh posing sakan πŸ˜†







Selepas PAlace,  kami terus ke Namsan Tower

Ala, menara cinta tu. Ku kunci hatiku dan hatimu 😝

Masa ni hujan renyai.. Sejuk yakmatttt

Lantai licin. Sempat la tergolek sekali 🀦🏽‍♀️ ko bayangkan, dah la tgh pregnan 3bulan, kendong anak , tergolek pulak kat situ πŸ˜‘ mujurla takde pape. Kalau tak, haru

Untuk naik ke atas, kami guna cable car. Naik bas pun boleh katanya. Tapi kalau bas, kena jalan lagi jauh + kena mendaki.

Turun dari cable car, kena naik tangga. Tinggi tapi tak tinggi sangat. 






Pregnant 14weeks+
Alhamdulillah dipermudahkan. Walaupun sambil carry anak dara ni. 





Atas tu kami makan churros + icecream


Refill tenaga. Habis dah masa naik tangga tadi

Dah puas menghayati pemandangan seluruh seoul, kami bergerak ke ewho. Sambung shopping kat sana. Still hujan renyai renyai. Leceh sikit la. Mood shopping pun tak berapa nak ada 

Kami singgah makan waffle πŸ’© 🀭 bukan menghina tau bila letak emoji πŸ’© tu. Memang rupa dia literally macam benda tu 🀣

Kami beli kat gerai bawah mall tu je. Rupanya kat atas dia ada restoran. Tapi nasib baik tak beli kat sana. Sebab kat atas lagi hardcore. Dia hidang makanan kat dalam mangkuk tandas mini πŸ˜†. Comel, tapi idakla kot kami nak cuba 

Meal dia pulak memang sebijik rupa najis. Bukan yang πŸ‘‰πŸΎπŸ’© tau. Tu comel. Yang sejenis cecair ada terselit pepejal sikit sikit tu...🀣


Ada berani? πŸ˜†






Dinner, kami makan ayam goreng di restaurant halal di ewho. Anak anak siap pesan: mami, nanti kat rumah mami masak ayam goreng macam ni lagi ya. 

Ah sudah




Hari keempat

Everland

Ambil masa hampir dua jam untuk ke sini.
Theme park ni ter amat lah luas. Semua ada. Taman bunga, rides, safari park, mini zoo, cable car, sky walk. Eh, memang sesuailah untuk seisi keluarga

Kat sini diorang banyak jual hiasan kepala yang macam cekak rambut tu. Tapi ada benda toing toing atas dia πŸ˜‚. Masalah nya pulak beli dan pakai jalan jalan. Sporting belaka tua muda pakat pakai.









Surau kongsi. Lelaki perempuan kena bergilir solat

Tulip πŸ₯°





Ada banyak baby world (changing room +nursing room) yang sangat sangat selesa, surau pun ada!

Sebab tempat ni sangat luas, memang seharian jugak nak explore habis. Tambah dengan masa menunggu untuk naik rides. Kami pergi hari sabtu, memang ramai ya ampunnnnn. Nak naik satu ride pun kena beratur sejam πŸ˜… so kalau korang nak pergi, try to avoid weekend/public holiday. Maybe masa tu tak ramai sangat kot ? πŸ€”

Lunch, kami makan di kedai burger. Order shrimp burger.

Untuk keluar dari theme park tu, mula mula kami nak naik sky walk. Tapi waiting time dia 50min πŸ˜“ takpelah. Terima kasih πŸ˜†

Kami naik cable car je. Terus sampai ke entrance/ exit. Pantas.

Sampai hostel dah malam. Kedai makan kebanyakan nya dah tutup, jadi kami makan kembara meal yang kami bawa dari malaysia je

Hari kelima

Nami Island

Destinasi pelancongan terakhir kami di sini. Boleh jumpa ramai pelancong dari malaysia. Punya la ramai, sampai bendera Malaysia di kibar di depan sekali feri bersebelahan bendera Korea
















ntahlah πŸ˜‚













K. Habis dah kisah kami di korea. 
Balik dari nami, kami lepak hotel je. Esok nya terbang semula ke Malaysia tanah airku...

Bye Korea. Until we meet again πŸ₯°

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...