Jumaat, 11 Ogos 2023

Air Mattress review | Family of six POV

Finding the right air mattress for our family was not as easy as it sounds. I've read many reviews. watched plenty youtube videos and yet, end up having 5 different types of them ðŸĪŠ



So, here’re my (family of six) POV 

1. Intex double thick air mattress

(Shop here : https://shope.ee/6pXeY74CDR )

This was one of the earliest air mattress that we have, long before we started camping . We use it especially during travel. Well, sometimes at home too. Santai santai depan tv ke.

Comes in a bag

Slide left to inflate, right to deflate. 

Fully inflated 


Pros

Comes with built in air pump (need to connect to power to function. no battery). Doesnt take much time to fully inflate. Its a nice mattress actually. Very comfy, nice material. 

Cons

It was too heavy for my liking. 

A bit bulky i must say. (because of the material i think)

Need power source to inflate.

And i doubt the durability. We have two of these. and both at first performed well, but after many times of uses, we need to re-inflate them the next day as they will become softer. Maybe there's air leak but its too troublesome to find that tiny hole on this thick mattress


2. Decathlon double air mattress

(Shop here : https://shope.ee/3AeMBUjdz8 )

Bought them for our first camping trip. We use Arpenaz Family 4 back then. The space inside the tent was limited and can only can fit two (120cm) double air mattress. 



Pros

Fast inflate

Strong and durable material. We've used them for months, well abused by the kids 😆 (all those jumping and tumpah everything ) but still standing strong.

Cons

I think mak mak (/most parents) can relate to my situation here . Sometimes i need to 'diam diam' get up from the mattress after the kids falls asleep without waking them up.. But i cant really move without making a sound ðŸ˜Ū‍ðŸ’Ļ

The size. I should have bought the 140cm. Muat ke tak belakang kira. HAHAHA jkjk. Measure your tent before buying k

But overall, im satisfied with the quality. Its one of the mattress that i didnt regret buying. 


3. Mobi Garden self inflate sleeping pad

(Shop here : https://shope.ee/qGRPHUVaW )

Bought them because at some point, i cant stand air mattress. I'll be kinda dizzy if lying too long on it. And with the kids jumping around, making it worst. Thus i opt for a non air mattress that is easy to bring everywhere. 

Mine was the 3cm thickness. I bought the three people size which doesn't have the 6cm thickness  option. So it is what it is. My hubs and kids doesn't complained tho. But i've read somewhere people saying its too thin for them. For me, i have no issue with the thickness. Its like sleeping on Narita toto but more comfortable. Since the filling is foam.




Pros

Easy to inflate. Just open the valve, and leave them there to fluff.

Less anxious when the kids jumped on them. (aku selalu risau kalau tilam tu meletop bila diorang lompat 😆)

No dizziness

Won't disturbed anyone (on the mattress) when somebody move

Cons

A bit bulky when folded. Its not too big, but bigger than air mattress.


4. Mobi Garden portable Air Bed sleeping pad

(Shop here : https://s.lazada.com.my/s.TujLR?cc )

After some times, the self-inflate sleeping pad became irrelevant to us as it took much space inside the car. Especially during camping. We need to really fully utilize the space. Hence i bought this mobi garden air bed/ sleeping pad /air mattress. 








Mobi vs decathlon (thickness & valve)


Pro

It is the thinnest, lightest , comfortable air mattress that i've ever had ! 

With 12cm thickness, can easily inflated/deflated, very durable (well abused by my 4kiddos)

Compact size when folded

Surprisingly, didn't wiggle as much when someone moves (on the mattress) and less noise too!

Bonus : the color and design is pleasant to my eyes 💖

Cons

None for now


5. Mobi Garden Inflatable Bed Air mattress Double


Eventhough the previous 12cm model sounds perfect for us, after seeing other campers' tent setup in FC and AACM group on fb, my hands got itchy 

The 35cm air bed looks so nice, so pretty , very the insta worthy 

My judgement was clouded by those things

So *accidently bought one ðŸŦĢ

At this point my husband started to call me, the queen of air mattress . 😑

Well, cant blame him tho ðŸĪŠ

Anyway, here are my thoughts



Bukan tilam terbang ðŸĪ­ jemur jap. Lepas nak cari macam bocor guna air sabun


Pro

Compared to my intex mattress, the material is lighter and the size is more compact when folded. 

The color is nice

It looks nice

The top material feels smoother and softer on the skin. 


Cons

Its thick, thus the bounciness is not to my liking. 

I bought without the built in pump version, it tooks so long to fully inflated. 

After 3 times of usage, it started to “self-deflate” only after few hours.

I kinda dissappointed actually. I have high expectation for mobi garden brands. This was their first product that fails me. 

I asked seller about the self deflate thing but they said its normal. Just reinflate. 

Quoting my husband’s word , as a “queen of air mattress”   I am 200% sure that is definitely not normal 🙄

So i did the soap water test

Guess what ?

I found 2 tiny holes . They’re so small that u cant see with bare eyes. But big enough to escaped air




Patched the holes


There you go

Those are my thoughts and preference for air mattresses

Owh one last thing tho !

Tent size and shapes plays important roles for choosing which mattress we can use. If the shape, is like kuih koci type, then the thick (35cm) mattress wont fit nicely eventhough the width looks fine. I mean if only one mattress maybe can. But 2 of them will make ur tent veeery stretched . Trust me. I’ve learned through the hard way ðŸŦĢ

As for today, i think I’ve settled down with the mobi portable air pad sleeping pad. 

2 double mattress (140cm) nicely fit the 6 of us


Hopefully this review can help u to choose the perfect air mattress for u and wont end up hoarding a pile of them like me ðŸĪĢ




Jumaat, 6 Januari 2023

Camping | Tanjung Hills Retreat , Janda Baik

 16 December 2022, Jumaat

Kali kedua kami berkhemah bersama keluarga. Kali pertama insyaallah akan aku kongsikan di entry lain. Sesungguh nya pengalaman pertama sangat berharga dan huru hara 😂


Khemah

Berkhemah dengan anak kecil sangatlah tak sama dengan bujang dan rakan rakan. Masa bujang dulu uruskan diri sendiri je. Sekarang semua atas kepala kau (dan bapaknya). Dari bab makan, tempat tidur, aktiviti, keselamatan, semua tu kali dengan berapa ahli yang ada.

Kali pertama hari tu kami camping guna khemah Arpenaz 4 dari Decathlon. Asalnya beli khemah tu untuk lepak lepak tepi pantai. Tidor siang kejap ke. camtu. Tak pernah jangka pulak akan terbuka hati untuk bermalam. 

Long story short, kami bermalam.

6 beranak.

Dalam Arpenaz 4. Letak 2 tilam double quechua

Konpiden je muat oii

hahaa

Memang muat

Tapi semua orang kena tdo tegak je. boleh pusing sikit sikit je. takleh lebih lebih 😂 pastu tilam tu pulak menggelongsor ke tepi, udah anak yang tdo tengah tengah terpegholoih ke bawah.

Adoila. Kesian member. 

Sebenarnya memang dah syak macam akan tak selesa. Tapi first time kan. Malas la nak invest ke khemah besar terus. Dibuatnya kang tak kena dengan jiwa mereka (dan kami), dah satu hal. So kite try dulu. Tengok ok ke tak

Dan jawapan nya OK ! 

Jap lagi kite cerita kat bawah, kenapa ok k?

Sekarang cerita pasal khemah dulu

Bila dah semua orang OK untuk camping next dan next next lagi, so its about time la kan . To update the tent. We need a tent that can fit us all and everything else too.

Sekarang ada baaaanyakk sangat option untuk khemah yang besar dan best. Yang murah ada , yang mahal pun ada

Sebelum ni kami taktau pun brand brand khemah lain. Main search je kat shopee : khemah besar, large tent etc 😅

Dan yang keluar masa search tu kebanyakan khemah yang takde brand (kalau ada pun brand best melintas masa tu, kami tak pernah dengar langsung) noob sangat ðŸĪĶðŸ―‍♀️
Tu yang husband  sebenarnya dah hmmm terrr beli khemah unta 👉👈
Ada tu dalam stor. Tak pakai lagi 🙈 Ada sesiapa nak beli tak? kami nak letgo ni. unused. Harga mur mur je iols kasi
haha menyempat aku iklan

Ni antara brand khemah yang tengah 'in' sekarang : 

1. Naturehike


Ni antara top list dalam khemah yang aku nak beli hari tu. Memang nyaarisssss sangat nak beli wehh

Suka sangat color dia. Besar pun besar. Auto tent katanya. (sepatutnya) mudah di pasang. Tapi aku takleh komen lebih la part tu, sebab tak pernah try kan. Korang tgk kat link aku bagi atas tu. Description dia memang menggoda habis. 


Cuma in the end, kami tak beli ni sebab kawan cakap dalam dia cotton. So kena extra care la kot. (Aku tatau, ni dia cakap based on campers lain punya experience) 

Kalau hujan ke masa lipat tu, balik kena terus angin kan. If not, risau ber tahi lalat. Kalau korang jenis yang cermat, pandai jaga, takde hal


Eh jap, lupa nak letak disclaimer


*Post ni ada mengandungi affiliate links. yang mana bermakna aku akan dapat small commission, tapi korang tak akan di cas pape, if u buy thru the link. Kasi can la aku topup balik lubang di poket ku ini. hehe

 
Kalau tanak klik link tu pun takpe. korang search je brand tu kat shopee ke lazada ke, sure banyak keluar. Target utama aku pun nak share info je. yang lain lain tu kira bonus...😜
Sebab aku tau, starting ni korang pun mesti blurr blurr ayam jugak (macam aku )

2. Vidalido -

Product link   ➡️  Vidalido vicore L 

Khemah ni, kawan aku pakai. Setakat ni kalau camping mesti pergi dengan diorang. Memang handsome weh in real life. Kejap je dorang pasang. Sap sap soii SIAP. ha camtu. Sebab dia auto tent. Memang luas. Diorang tidur berlima beranak. Ada dua ruang. Satu ruang untuk tidur, satu ruang lagi jadi macam hall tempat lepak. Tent ni kalau tak pasang flysheet pun takpe dah. Sekeliling khemah semua boleh bukak kain tepi dia tu. Dan boleh setting tempat masak kerusi meja semua tu tepi tu je. 

Memang highly recommended 👍

3. Coleman

Product link 


Coleman ni kira antara yang high end punya kategori. Ada duit lebih boleh beli ni. Quality tiptop katanya. Yang Darkroom tu sangat la menarik hatiku. Hmm...someday la kot...some other dayy


4. Mountainhiker


Khemah ni cantik. Aku kenaaan sangat.  Tapi kena sedar diri. Dia untuk 3-4 orang. Boleh berdiri kat dalam (cukup ruang untuk solat). Kalau untuk small family memang perfect ni. Sebab dia senang gila nak pasang dorang cakap.

Tapi ada lagi ni dalam cart aku. Hahaa. Mana la tau kan, untuk berkelah ke nanti. Hahahaaaaaaaa

5. Khemah Unta

Product link   ➡️ Khemah Unta 4-6 person
                          ➡️ Khemah Inta 8-12person

Antara khemah yang banyak dapat sambutan. Sebab harga dia mampu milik. Kalau search khemah besar, large tent etc memang dia nombor syatu yang akan keluar. Kami hari tu terbeli sebab tu la 🙈

Tapi tak jadi guna sebab masa tu dengar orang cakap khemah unta ni banyak yang bocor. Masa kami nak pergi camping hari tu pulak musim hujan. Memang berdeborla dengar. Tu yang tak pakai pakai lagi sampai sekarang. Walhal bila baca balik review orang, ramai je pakai. Dan ok je deme. Tak bocor pun. Kalau nak double protection, pasang flysheet atas dia. Settle. 


5 di atas antara khemah yang biasa diguna, di review oleh para campers. Ada banyak lagi. Dod, Black dog, Deer Creek, eh, banyaklah. 


Aku cadangkan, kalau korang baru baru nak start camping, belum ada khemah, taktau kena dengan jiwa ke tak aktiviti ni, try sewa dulu kat campsite yang ada offer sewa khemah. Ambik feel dulu. Ngam ke tak ngam ke, kalau ngam baru cari khemah.


Ok?

K

Habis dah cerita pasal khemah orang. Kite cerita pasal khemah sendiri pulak

Yang atas ni semua antara toplist kami sebelum ni. 

Sampai la satu hari, terjumpa si hensem nihh



Mobi Garden Lan Sheng 3


Aku beli kat ➡️  Lazada | Mobi garden Lan Sheng 3

Dia punya ciri ciri tu, aku rasa perfectly fit us! Ada bilik yang cukup luas untuk kami semua tidur sekali. Ada hall untuk lepak

Aku nak explain susah, letak gambar la senang eh

Bilik | Aku tersalah bajet size tilam. Sepatutnya size 1 double 1 triple pun dah ok aku rasa. Ni aku beli 2 triple. Terlebih sikit hujung tu. tapi ok je sebab boleh kelepet kan sikit. Cuma tak berapa comel la 


Kalau korang tengok bahagian atas tilam tu, masih ada ruang untuk letak beg baju etc. Aku tak setup cantik cantik insta worthy punya setup. Belum jumpa idea lagi macam mana nak susun lawa lawa macam orang lain. Sekarang ni yang utama, mudah nak capai, tersusun. Cukup.


Bebas tidur berguling 😂


Hall. Luas kan? Anak anak pun senang nak beraktiviti kat sini. Main board games, borak borak, ikut kome lah nak buat ape pun


Solat berenam pun muat


Dengan Jiran | Vidalido Vicore L

Meja kami letak di bahagian depan

Malam aku bawak masuk dapur, box semua tu. Risau kot hujan ke tengah malam. Meja tinggal kat luar. Tapi kalau nak bawak masuk pun muat je sebenarnya


Bahagian depan kami tutup yang lapisan mesh sahaja. Outer layer tu biarkan terbuka. Biar udara masuk.


Dapur aku setup kat bahagian tepi ni. Supaya tak kacau budak budak tu keluar masuk . Deme tu bukan boleh kira. Kang habih semua dilanggornya.

Khemah ni boleh buka semua pintu sekeliling tau. Tapi aku takde gambar sebab tak buka semua hari tu. Ni gambar dari product page

Boleh bebas berdiri


Macam ni rupa dia kalau buka semua. Tapi ni LS4 bukan 3. Design dia sama, cuma LS4 lagi besar. Dia ada 4 pole. Tu je beza


Lan Sheng 4



Satu lagi yang aku rasa best pasal tent ni, it comes with separate inner tent. So boleh guna as shelter atau khemah, dua dua pun boleh. Set ni datang sekali dengan 1 inner tent. Tapi boleh beli additional inner tent kalau korang rasa nak privacy, takmo kongsi bilik ramai ramai dah pasni.

Cuma roof dia tu kena beli asing. Takde pun takpe katanya tapi aku rasa macam gonjeng pulak kalau takde. Ground sheet pun jual asing. 

Cara pasang dia, tak lepas nak upload kat sini . Aku share yang YouTube punya la eh




Aktiviti kami kat sini, mandi sungai, memancing, malam budak budak main board games, lepak tepi kolam,borak borak

Maks Ayahs borak kat tepi, sambil bincang mana next destinasi 😂



 Tanjung Hills ni pemandangan dia memang cantik sangat sangat. Sejuk pun sejuk. Ada kolam ikan. Nak memancing pun boleh, tapi kena bayar. 

Satu tapak : RM100/night
Deposit : RM50
Memancing : RM50 untuk satu joran kalau tak silap. 

Tapi yang tak berapa syoknya ada waktu checkin/checkout. 
kami masuk hari Jumaat.

Check-in 1130-1200pm
Checkout 12pm

Kena betul betul uruskan masa. Sebab paham paham la checkout camping ni bukan macam hotel. Semua ko kena kemas sendiri AtoZ. Dibuatnya hujan pulak. Perfecto 😭

Yang syoknya pulak, ikan dia sedap gaaaissssss. Sumpah sedap! Tak hanyir langsung. Aku ni bukan peminat ikan sungai sebenarnya. Tu yang macam pandang sebelah mata je masa dorang makan. Sekali bila dah tinggal hujung hujung, tu baru nak rasa. Aduhhh menyesal !

Yang kitorang dapat tangkap hari tu ikan talapia Norway. Terngiang ngiang lagi kemanisan isi dia sampai sekarang. Kitorang goreng biasa je pun , dah sedap


Tempat ni ada disediakan toilet, sink dan tong sampah. Cuma kena jalan sikit la dari tapak kami tu. 
Waktu malam, ada lampu sekeliling kolam. So tak la gelap sangat. 


ðŸ‘†ðŸ― perjalanan dari khemah ke toilet waktu subuh. 



Ni sum up (hampir) semua aktivity kami di sini di ig reels. Dekat highlights pun ada cerita tentang aktiviti kami di sini. Highlights tu lagi detail dan tersusun kot. Kat blog ni aku blur sket canne nak upload video. Korang tengok situ la eh kalau nak tau lebih. 


Aku nak share pasal gadgets camping pulak. Tapi macam dah panjang sangat dah entry kali ni ðŸĪĢ


Nanti aku sambung kat next pulak k



Till then,

xxx






 

Rabu, 21 Disember 2022

Travel | Pulau Perhentian



Assalamualaikum

Lega sangat bila dah masuk fasa endemic ni kan. Dah boleh merayap macam dulu dulu pre-covid tanpa sop ketat BUT still with cautious of course.

So we went to Perhentian Island. Coral Bay, Perhentian kecil to be exact.

Untuk trip ni kami takde ikut mana mana pakej dari travel agent


Penginapan

Kami stay di Shari-La resort. Kenapa shari-la? 

1st sebab dia ada private beach yang tak kongsi dengan resort lain

2nd, sebab kami tak ambil all-in pakej dengan travel agent. 

All-in pakej ni, biasanya dia akan rancang perjalanan kita include semua makan minum hotel snorkelling trip sewa itu ini. 

Untuk sesiapa yang travel tanpa anak kecik memang berbaloi dan mudah. Semua dah di atur, tinggal ko nak g sana, bawak baju dengan badan je

Tapi untuk kami yang ada 4budak ni, rasanya lagi ok kalau plan sendiri. 10, 7, 4, 2 tahun. Bayangkan macam mana nak handle kalau campur orang beramai ramai. Kang ada yang nak terkencing la, nak susu la, meragam la

Tak ke naya kat orang lain? ðŸĪĢ

Ghisau mami ghisauu

Jadi kami tak ambik pakej all in, kami plan sendiri.

Kalau Shari-la ni takde masalah nak cari makanan ke trip ke apa sebab kat pantai dia ada banyak kedai makan dan bot bot yang offer snorkelling trip siap boleh sewa lifejacket snorkelling gear semua tu. 

3rd, sebab shari-la antara resort yang ada option bilik luas untuk family. Kami book suite room. Ada dua katil queen. Sesuai la untuk kami berenam. 

Transport

Kami dari Kuantan. Jadi dah tak berapa jauh untuk memandu ke Kuala Besut. Sesampai sahaja di jeti, ada pekerja company speedboat ronda naik motor buat isyarat tanya dah beli tiket ke belum. Suami jawab belum, dia cakap ok ikut dia. Dia guide kami ke parking depan tempat beli tiket untuk park sementara dan turunkan barang dan bawa ke kaunter tiket. Lepas tu dia temankan suami cari parking kosong . Dia naik motor dan ikut sama cari parking. Lepas dah park, dia bawakkan semula suami ke tempat load barang tadi. 


Tambang bot dari Kuala Besut ke Perhentian Kecil 

RM70 untuk dewasa 

 RM40 untuk kanak kanak 

(pergi dan balik)


Kami tunggu beberapa minit kat situ sementara untuk tunggu cukup orang untuk satu trip


Yang tak bestnya, masa tu kebetulan ramai orang

Semuanya dia sumbat sekali dalam satu bot. 

Eh aku la. Dah la kami ni bawak budak budak

Dok berasak asak macam tu musim musim covid ni

Spoil mood betul 😏

Sabtu, 4 Mei 2019

Travel | Korea


Jomlah, kita move on dari pengalaman pahit kelmarin dengan travel agent tu. 
Ikutkan hati nak viralkan aje deme. Tapi nanti ter bagi free publisiti pulak kan

So, tak payahlah. Buang karan.

Cukup sekadar kalau orang google nama dia/company dia, akan keluar that bad review.

Setuju?

Ha jom baca pengalaman kami di korea. 
Mana tau, lepas ni korang pulak pergi sana, boleh la target tempat tempat ni kalau berkenan



Hari pertama

Masa kami sampai, dah lewat petang. Kami terus dibawa ke hostel untuk check in, solat, lepas tu keluar balik. Makan di sekitar hostel (sinchon) tu je
Hostel tu , nanti tanya hubs dia ada ambik tak gambar. Tapi takyah la kot, biasa biasa je hostelnya. Tapi boleh la untuk buat tempat berteduh. (Ni angkara travel agent taguna tu la ni) eh sori teremo balik. Korang hati hati la k kalau nak guna travel agent.


Tarik nafassssssss

Ok done

Kite sambung

Ni kedai makan pertama yang pergi di korea ðŸ‘‡ðŸ―

GOSAME nama kedai tu. SEDAP ! Kami repeat masa hari keempat





Macam ni la kalau berjalan dengan anak kecik. Makan kena bergilir ðŸĪĢ

Kami makan sotong masak cili, sup tauhu telur (tak ingat nama), dan ikan bakar. Cukup rasa, boleh ngam la dengan tekak melayu kami ni 

Hari kedua

Kami dibawa ke Namdaemun, Kwanjang, dan Myeongdong. Ni tempat shopping. Ada kain cotton, hanbok, souvenier etc.
Kain cotton korea femes kan kat malaysia? Ha kat sini ada banyak gila pilihan cantik cantik. Harga pun ok. Around RM20-30 untuk 4meter.
Hanbok tu memang cantik. Baju traditional korea
Tapi harga dia keras wo ðŸĪĢ
Tapi memang sepadan la dengan kuality. Cantik gila. Kalau banyak duit, memang ku beli dah. Untuk kenang kenangan. Tapi tu kalau la…kalau

Uncle ni baik gila wei ! Lembut je cakap, rajin betul dia layan kami

Sailormoon! 

Kitorang sakan borong stokin ðŸĪĢ comel naw

Tapi hari tu cuaca tak menentu. Kejap hujan, kejap ok. Tapi memang sejuk sampai ke tulang gaiss ðŸĨķ nak jalan pun teketar2. Aku ni dah la memang spesis tak tahan sejuk. Nasib baik ada standby baju panas untuk budak2 ni. Mak bapak nya je yang tak bawak. Malas nak pegang konon. Ha ambik kau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, mendapatlah kau 😭







Kami lunch dekat stall tepi jalan je. Rasanya tu kedai orang pakistan /arab. Dia jual kebab. Nasik pun ada. Lain lain pun banyak lagi. Tapi lupa pulak nak snap gambar menu. Ate sejuk benor masa tu. Tambah pulak dengan lapor nya lagi. Memang ingat makan je dah.

Rasa dia, ok lah. Boleh telan. Alas perut sementara tunggu dinner

Sejukkkkkk ðŸĨķðŸĨķðŸĨķ


Kami singgah di kedai kerongsang. Eh, kedai ke? Nampak macam mini kilang ðŸĪ”

Kebanyakan kedai hanya jual pukal. Tapi guide kami bawak ke satu kedai yang boleh beli sikit2. Tapi garang weh aunty korea kat sini 😆

Budak budak ni bising sikit je, dorang terus shhhhhh.. Shhhh.. Sit sit..(muka garang habis). Maybe tak boleh bising sebab diorang nak fokus kot ðŸĪ·‍♀️

Makanya, itu bukan tempat yang sesuai untuk kanak kanak ya kawan kawan. Better tinggalkan diorang dengan partner kat luar sekejap sementara yang lagi sorang pilih kat dalam.

Rambang mata nak pilih

Untuk dinner kami makan di restoran melayu. Kampungku namanya. Agak mahal makan kat situ. Tapi ok lah. Dapat melepas rindu makanan Malaysia. Eceh. Baru hari kedua. Poyos





Yang special nya restoran tu sebab ada disediakan surau yang selesa. Toilet yang boleh cebok guna air ðŸĪ­

Lepas makan, kami jalan seround lagi. Lepas tu balik. Rehat

Hari ketiga

Masa ni kami jumpa nina (tour guide)
Destinasi kami yang pertama, National Palace Museum of Korea.
Nina bawa kami sewa hanbok dan kemudian baru gerak ke palace. Jauh jugak nak kena menapak.
Nasib baik sejuk. Kalau tak confirm menitik2 peluh

Garangnya princess ni

Kawasan palace ni sangat besar. Memang cantik sangat untuk bergambar. Tak rugi sewa hanbok. Boleh posing sakan 😆







Selepas PAlace,  kami terus ke Namsan Tower

Ala, menara cinta tu. Ku kunci hatiku dan hatimu 😝

Masa ni hujan renyai.. Sejuk yakmatttt

Lantai licin. Sempat la tergolek sekali ðŸĪĶðŸ―‍♀️ ko bayangkan, dah la tgh pregnan 3bulan, kendong anak , tergolek pulak kat situ 😑 mujurla takde pape. Kalau tak, haru

Untuk naik ke atas, kami guna cable car. Naik bas pun boleh katanya. Tapi kalau bas, kena jalan lagi jauh + kena mendaki.

Turun dari cable car, kena naik tangga. Tinggi tapi tak tinggi sangat. 






Pregnant 14weeks+
Alhamdulillah dipermudahkan. Walaupun sambil carry anak dara ni. 





Atas tu kami makan churros + icecream


Refill tenaga. Habis dah masa naik tangga tadi

Dah puas menghayati pemandangan seluruh seoul, kami bergerak ke ewho. Sambung shopping kat sana. Still hujan renyai renyai. Leceh sikit la. Mood shopping pun tak berapa nak ada 

Kami singgah makan waffle ðŸ’Đ ðŸĪ­ bukan menghina tau bila letak emoji ðŸ’Đ tu. Memang rupa dia literally macam benda tu ðŸĪĢ

Kami beli kat gerai bawah mall tu je. Rupanya kat atas dia ada restoran. Tapi nasib baik tak beli kat sana. Sebab kat atas lagi hardcore. Dia hidang makanan kat dalam mangkuk tandas mini 😆. Comel, tapi idakla kot kami nak cuba 

Meal dia pulak memang sebijik rupa najis. Bukan yang 👉ðŸūðŸ’Đ tau. Tu comel. Yang sejenis cecair ada terselit pepejal sikit sikit tu...ðŸĪĢ


Ada berani? 😆






Dinner, kami makan ayam goreng di restaurant halal di ewho. Anak anak siap pesan: mami, nanti kat rumah mami masak ayam goreng macam ni lagi ya. 

Ah sudah




Hari keempat

Everland

Ambil masa hampir dua jam untuk ke sini.
Theme park ni ter amat lah luas. Semua ada. Taman bunga, rides, safari park, mini zoo, cable car, sky walk. Eh, memang sesuailah untuk seisi keluarga

Kat sini diorang banyak jual hiasan kepala yang macam cekak rambut tu. Tapi ada benda toing toing atas dia 😂. Masalah nya pulak beli dan pakai jalan jalan. Sporting belaka tua muda pakat pakai.









Surau kongsi. Lelaki perempuan kena bergilir solat

Tulip ðŸĨ°





Ada banyak baby world (changing room +nursing room) yang sangat sangat selesa, surau pun ada!

Sebab tempat ni sangat luas, memang seharian jugak nak explore habis. Tambah dengan masa menunggu untuk naik rides. Kami pergi hari sabtu, memang ramai ya ampunnnnn. Nak naik satu ride pun kena beratur sejam 😅 so kalau korang nak pergi, try to avoid weekend/public holiday. Maybe masa tu tak ramai sangat kot ? ðŸĪ”

Lunch, kami makan di kedai burger. Order shrimp burger.

Untuk keluar dari theme park tu, mula mula kami nak naik sky walk. Tapi waiting time dia 50min 😓 takpelah. Terima kasih 😆

Kami naik cable car je. Terus sampai ke entrance/ exit. Pantas.

Sampai hostel dah malam. Kedai makan kebanyakan nya dah tutup, jadi kami makan kembara meal yang kami bawa dari malaysia je

Hari kelima

Nami Island

Destinasi pelancongan terakhir kami di sini. Boleh jumpa ramai pelancong dari malaysia. Punya la ramai, sampai bendera Malaysia di kibar di depan sekali feri bersebelahan bendera Korea
















ntahlah 😂













K. Habis dah kisah kami di korea. 
Balik dari nami, kami lepak hotel je. Esok nya terbang semula ke Malaysia tanah airku...

Bye Korea. Until we meet again ðŸĨ°

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...