Selasa, 30 April 2019

Travel | Korea ( jom.pikorea review: travel agency dari neraka ! )

Assalamualaikum

Travel log kali ni will not be the same as before.

Kali ni takde sangat *we had joy we had fun all that*

Because

Its bad. Its really bad


Kami pergi ke Korea semasa musim bunga dengan menggunakan khidmat traveling agency. Pertama kali guna. Banyak kali fikir jugak sebenarnya.

Antara sebab utama kami hire mereka adalah masalah komunikasi. Kalau jalan negara omputih senang. Sesat ke ape still boleh tanya orang.

Tapi tak banyak agency sediakan private trip. Bukan tak nak campur orang, tapi susah kot nak manage dengan anak anak kecik ni

Jadi bila saya terjumpa satu agency di ig ( @jom.pikorea) yang menawarkan perkhidmatan private trip, saya terus mintak quotation. The price is quite high but still within the budget. Tengok review orang pun macam ok. So we said YES.

Long story short, beberapa bulan sebelum tarikh penerbangan kami (in march to be exact) saya ternampak pihak agency mengiklankan kekosongan seat ke korea pada tarikh yang sama kami pergi. Saya dah mula curiga masa tu. Kenapa nak open lagi? Bukan private trip ke? Tapi takpelah. Husnuzon πŸ™„ mungkin mereka ada ramai agent

Beberapa hari sebelum tarikh penerbangan, kami diberitahu yang zai (nama agent yang kami berurusan dari awal) tidak akan menemani kami. Tetapi sebalik nya aqilah. Zai kata dia kena uruskan group lain. Ok fine. So i thought this aqilah akan ikut kami all the time.

Sampai sahaja di airport, kami jumpa aqilah beberapa saat je. Dia salam, say hai. then hilang. Aqilah cuma brief kawan saya yang sampai awal sikit tentang cara check in luggage dan kemudian join zai di group yang lagi satu 🀷‍♀️ kawan saya lah yang ajar kami pulak. Memandangkan sekarang luggage tag semua tu kena print sendiri. Sebelum ni semua tu ada pic yang uruskan. Ok fine. Boleh terima

Selepas check in luggage, kami tak jumpa dah si aqilah ni. Dia say hi je. Bye bye takde πŸ™„

Syira (kawan saya yang ikut sekali trip ni) kata aqilah tak ikut kita

Oklahh. Kita teruskan perjalanan kita tanpa aqilah

Saya tak ingat bila first time jumpa zai. Rasanya masa di kaunter imigresen. Peramah orang nya. So hati saya sejuk sekejap bila berborak dengan dia.

Sesampai nya kami di Incheon airport, zai dan rombongan dia tunggu kami di luar pintu kapal terbang. Nampak je kami dia terus gerak tanpa brief apa apa. Terpinga pinga kami.

Tapi kite ikut je la bontot dia dari jauh. Dengan lautan manusia kat situ, sekejap nampak dia, sekejap hilang.

Rupa2 nya kena naik train. Nasib baik Syira sempat jerit tanya masa zai meluru masuk dalam train

*nak pergi mana niii
*takpe2 satu stesen jeeeeee (Dia menyahut dari jauh)

Omg. Ko rasa? Syira dengan husband dia tertinggal train kot. Sebab tak muat. Sampai je next station tu, haraaaam dia nak tunggu. Dia suruh kami teruskan jalan. Takpe jalan je jalan jeee katanya. Kami punyalah risau kot budak berdua tu sesat. First time datang kot. Agak agak la. Tengah blur lagi baru bangun tidor. Zai suruh kami tunggu dia depan signboard incheon airport. Tu pun dorang berhenti sebab nak bergambar. Jauh kot dari train tadi. Lama jugak tunggu tapi budak berdua tu tak muncul. Rupa2nya dah sesat ke lorong korean passport

Kami boleh gelak2 lagi masa ni. Maklum la. Tengah semangat. Baru sampai korea πŸ’‍♀️

Selepas settle semua urusan, kami diperkenalkan dengan afifah. Katanya afifah akan temankan kami di korea. Ok. Lega dah bila ada guide

Tapi rupanya2 afifah ni salah seorang guide je. Guide kami akan bertukar setiap hari (diorang ni student malaysia yang belajar kat sana)

wth?! Kalau setakat ko nak hire student sekejap sekejap macam tu, kitorang pun boleh cari sendiri la weiiiiiiiii.. Pfft

Sekarang ni aku nak tanya, KENAPA group yang lagi satu KAU boleh guide A sampai Z, tapi kami ni dah macam melukut di tepi gantang?😀

Kami hire ko dulu kot. Dari tahun lepas lagi dah deal. Tibe2 ko create group lain dan guide group tu pulak??! Alaaaaahaiii


Tapi dalam banyak banyak guide yang bertukar tukar tu ada sorang je guide yang betul betul bagus. Nina namanya. Nina guide kami di palace dan everland. Dia memang sangat concern pasal kitorg, ada satu malam kedai kami nak makan tutup sebab dah lewat malam, so dia offer nak tapau kan dari kedai lain kemudian hantarkan. Bila di tanya dia naik apa. Jalan kaki katanya. Aduh.. Terharu.. Tapi dah tentu tentu lah kami cakap tak payah. Kami ada bawak bekal dari malaysia. Takpelah, makan apa yang ada je. Dia punya risau tu... Ala kak, tak boleh la macam tu, saya kena make sure akak semua dinner. Sampai macam tu weh.. Aku rasa, lagi baik aku bagi semua duit yang kitorg bayar agent tu kat nina ni je. Lagi berbaloi. Huhh

Budak budak ni pun asik cakap rindu kat aunty nina.








Thank you Nina! We LoVE u! 


The worst guide yang kami dapat adalah masa di Nami. Dah la tukar itinerary tanpa bagitau kami. Nami sepatutnya hari ke tiga. Tapi dia anjak ke hari ke lima. Reason? Dia tak available hari lain. So what? Tak available tak payah lah. Hari last tu, semua orang pun dah lemau dah nak bergambar. Owh... Lupa nak bagitau, kami bayar dia extra sebagai photographer. Zai yang cadangkan. Dia ambik gambar cantik katanya πŸ™„

Gadget semua memang wow dah. Tapi sayang ~

Aku tak paham kenapa dia mesti guna bokeh hampir kesemua gambar

Almost 80% 🀦🏽‍♀️

Ehh.. Dekat NAMI kottt... View cantik giler..

Yang ko pergi blurr kan sampai tahap molekul dah kenapa? Tak nampak rupa pokok dah belakang tu πŸ˜‚


review
Gambar lawa. Tapi sayang. Background blur sangat. Ni edited version. Aku edit sendiri lighting semua tu

Sebenarnya aku takde lah marah sangat kat mamat ni. Sebab dah nama pun amatur. Takde lah letak high expectation nak gambar lawa macam che ta masa holiday

Tapii...

 πŸ˜ͺ

Ni yang buat aku marah sebenarnya πŸ‘‡πŸ½

Dia keep on cakap kena balik awal. 230pm dah kena gerak katanya. Aku takde la pulak tanya kenapa.

Eh jap, sebelum tu biar aku tambah nasik bagi tragikkan lagi cerita ni. Masa kat nami kami lunch nasi goncang. Malangnya tak kena dengan tekak kami. Tak boleh nak telan beb. Asalnya katanya akan lunch di asian restaurant , tapi full pulak. Maka terpaksa lah jamah jugak , buat alas perut. Anak anak memang langsung taknak (kecuali mysha). Mujur aku ada bawak cereal biskut. pendek kata kami memang kelaparan dan looking forward for dinner.

Lepas makan, kami sambung cuci mata view cantik di Nami sambil bergambar. seperti yang tourguide tu insist, kami balik awal. Ingatkan kena balik awal sebab pulau tutup awal ke. Tapi ramai je lagi orang kat situ masa tu.

Sampai je kat hostel, si fikri (photographer+tourguide) tu terus hilang. Tak sempat salam pun dengan ijat dan azri. eh, habis tu kitorg nak dinner macam mana ni?

Ntahla kenapa masa tu boleh fikir positif lagi. Maybe dia nak balik cepat sebab nak edit gambar kot (sebab laki aku ada tanya dia nak pergi mana lepas tu, dia cakap dia terus balik)

So apa yang buat aku marah?

Rupa rupa nyaaaa, dia boleh join Zai and the gang DINNER wehhhhhhhhhhhhhhh... Siap sambung photoshoot dengan diorang

Macam mana aku tau? Si mamat ni dengan tanpa rasa bersalahnya boleh upload semua gambar yang dia ambil dalam cloud. Termasuk gambar mereka yang sedang tersenyum gembira. Wahhh terbaik lahhhh 😏




So sebab tu la ko nak balik awal kan?

Zai pulak ter mengaku masa kat airport yang fikri dinner dengan diorang. Masa aku persoalkan kenapa tak ada orang guide kami dinner malam tu.

Bila aku tanya, abis tu tak pelik ke kenapa fikri boleh dinner dengan diorang. Tau apa dia jawab?

*sumpah ima, zai taktau korang tak dinner lagi. Ingatkan dah dinner siap siap kat nami.

Wtf?? Dia memang tau kot kitorg gerak dari nami sebelum pukul 4. dinner kejadah nya?

Pesanan KHAS buat Zai : kalau nak menipu, tolong cerdik sikit.

{ Updated (on 2May2019):

Agaknya dah tak tau nak jawab apa, tiba tiba terus refund another RM100 🀷‍♀️

Then they left the group🀦🏽‍♀️

Lepas diorang refund tu, Hati ni masih ada rasa terkilan. Ntahlah. Memang diorang refund. Tapi berapa sangatlah? Ape kata dah alang alang refund tu, ko refund full terus? AHAHAHAAAAA
Tebus balik untuk masa dan tenaga kami. Untuk perasaan kami yang dipermain kan ni !

 
Kemuncak api kemarahan kami ditiup semasa hari terakhir di korea

Sehari sebelum tu, Zai dah ada cuba suruh kami tolong angkat kan beg diorang ke kereta. Katanya mereka akan sediakan 3 kereta. Satu kereta angkut beg, dua lagi kereta angkut orang.

Tapi diorang akan gerak awal sebab driver diorg ada hal petang tu. dia tanya kami nak gerak kul berapa. Aku cakap 430pm. dia nego. Mintak 530. Aku ok kan je. Tibe2 driver cakap hanya boleh datang kul 6pm. Ok fine. Sebelum tu aku ada ckp kami nak jalan dulu last day tu. Kalau boleh nak g dondaemun. Nak tgk toys. Ada adik aku kirim tomica tak jumpa lagi. Dia diam.

Kami buat tak nampak mesej yang suruh angkat luggage tu. Sebab.. . Eh. Cam hanat nya permintaan

Masa last day, dia last minit kata kena checkout kul 12pm. Sebelum tu dia nak nego dengan owner kul 3 katanya. Tengah kelam kabut mengemas, dia mesej aku, cakap kalau aku nak check out lambat boleh. Sebab bilik aku lepas tu takde orang nak check in. Tapi kena bayar extra. Katanya dia try nego harga murah sikit. Aku kata takpela, kami check out kul 2. Sbb nak jalan dulu sblm gerak. Tapi dia macam keep on insist kitorang keluar kul 5pm. Dia try nego harga lagi katanya

Konon sebab kami ada baby. So dia kesian. Bila aku tanya dia nak pergi mana lepas checkout. Tak g mana katanya. Driver terus hantar pergi airport. So diorang akan melangut kat sana.

Aku pun setuju (checkout kul 5)

For the record kami kena tambah 40000krw

Tak jadi lah jalan. Duduk je kat bilik (sebab takde orang nak guide)

Kami lunch cekodok adabi je masa tu. Diorang g lunch tak ajak pun. Tau tau je balik hostel muka kenyang πŸ˜‘

Yang paling best dia suruh ijat monitor uncle van (kononnya) angkatkan beg dorang masuk kereta. Dia dah tanda beg dorang siap2 katanya

Bertuah la uncle tu nak angkat. Aku tengok pun kesian. Dorang dah tua kot. Beg group tu ada 12!

Tau sape yang kena angkat? Yassss.. Ijat dengan azri la. Sape lagi? Jangan risau, aku ada video dan semua screenshot conversation agent hampeh tu sebagai bukti.
Kalau ikutkan hati yang tersakiti ni, memang aku tinggalkan je kat situ !











Ok. Kita dah sampai ke kemuncak gunung berapi meletus.

Korang...

Kami sampai dulu kat airport weiiiiiiiiiiii

Dia gerak kul 3 tapi kami gerak kul 6 boleh sampai dulu?

Bila ditanya mana diorang, tadi kereta breakdown katanya. Lepas tu jammed.


Alololooooooooooooooooooooooooo.. Syiannnnnnnn sangatttttttttt 😏


Ada hati pulak suruh kami angkut, tolakkan beg diorg masuk dlm airport...

Abis tu beg aku sape nak tolak? Anak anak aku sape nak pegang?

Cantiknyaa perangai.


Ingat aku nak percaya lagi apa ko cakap?

Ape kata jujur je.

"Kami nak pergi shopping lenggang kangkung ni. Korang tolong angkat kan beg kami kay. Korang duduk la mereput kat bilik tu di hari terakhir yang indah di Korea ni.. Byeee"

Hari terakhir. Tak ada pengiring. Tak lunch. Kena angkat beg orang. Terpinga pinga di airport.

What a closure.

We did had a good time. (thanks to Nina)

But all those unnessary stress? Really frustrating

No one should ever be treated this way.

So please guys

Becareful with this travelling agency

@jom.pikorea
( flying worldwide resources )
***sekarang dia dah tukar nama dan dah block kami di ig


Kepada Zai,

Kita bukan kawan. We hardly know each other. Kau tak ada hak nak arahkan kami angkat luggage sesiapa pun. Boleh je kami buat hati kering tinggalkan beg tu kat hostel. Tapi kami tak sejahat kamu. Kita tak sempat pun jadi kawan. Dan tak mungkin akan berkawan. Perangai putar belit macam ni? No thanks

Bila dah jadi macam ni, aku taktau nak buat apa. aku mintak refund untuk hari yang kami tak disediakan guide. And they paid. But still, hati ni masih sakit.

Siapa nak ganti masa kami yang di sia siakan? Tenaga yang di gunakan? Emosi yang di calarkan? Kepercayaan yang di hanat kan?


Bila fikir balik, yang buat kami marah sangat sangat sampai sekarang ni, mungkin sebab tak ada closure. Kami masih tertanya tanya. Kenapa? Kenapa kami tak dapat private trip yang dijanjikan? Kenapa kami tak ada tour guide yang uruskan kami A-Z macam group yang lagi satu dapat? Kenapa kami diperhambakan untuk angkat bag group korang yang berkoyan koyan tu dari hotel ke kereta sementara korang bersukaria makan makan ambik angin di hari terakhir di korea? Sedang kan korang tau group kami ni, ada 4dewasa je yang lain semua budak kecik. 

Ntahlah

So apa yang best nya Korea? Nanti bila hati dah sejuk, saya cerita k

Till then



-insan yang terluka 












































































Jumaat, 12 Januari 2018

Babywearing | Gendong

1/12/2018 | Babywearing, baby number 3






Aku start menggendong masa anak no 2. Punca sebab anak no 1 aku colicky baby. Trauma oii menjaga anak yang 24 7 menaaaaaaangih je keje nya. Celik je mata nangis. Celik je nangis. Dengan mak nya pun nangis penyudahnya.

Mak aku suggest, gendong la anak tu katanya. Boleh la buat kerja sikit sikit nanti. Idak la ngadap dia je. Masa tu aku macam, alaa yang macam bibik tu ke..πŸ˜•
so aku buat nohen je

Bila tau pregnant anak kedua, aku dah menggelabah. Ah sudah. macam mana pulak aku nak handle dua orang nih. Sorang pun dah 😭

Aku teringat saranan mak dulu. Aku pun search la : Kain Gendong | kot ada tutorial cara nak ikat ke. Dan aku jumpa...

Beraneka jenis. 

Yeeee

Banyak jenis rupanya. Lawa lawa pulak tu

Aku pun beli la satu. 

Stretchy wrap. Kaler purple. 

Belajar cara pakai sendiri sendiri je. Tengok tutorial kat youtube. Try ikat letak bantal. Taktau pun ada babywearing consultant semua tu.

First wrap baby sebenar, masa dia dua ke tiga minggu tu, baru aku berani try. First time kan. Seriau semua ada. Awal awal tu kekok gila. Rasa serba tak kena. Masa tu mana la tau ada fb group apa semua tu. Gerak solo je . Syok sendiri sorang sorang. Sampai la ada suatu hari tu kawan fb tegur, tak join ke group babywearing ni? Aku macam...err group mende pulak nihhh

K. Jom lah. Join lah

Request to join <sent>

From that moment onwards

Everything's changed.

(see. language also changed 😜)

Turns out there're more 

MORE options for carrier
 -brands
 -types
 -fabric blends

MORE people actually wearing their babies ! (So im not alone??!! I have people to talk to??!)


Different blends resulting different fabric characteristics that offers different experiences. 

For newborn normally the fabric will be on the soft side. Thin yet supportive. And for carrying toddler fabrics with grippier texture, thick enough to support the kids' weight and being cush on the shoulder are the best. Owh, not to forget the weather. Wools of course will be most helpful in cold season. Ive tried wearing wool in our tropical weather. Well, not so bad if it was at the mall. But definitely not at the beach 🀣πŸ€ͺ


Not to mention the color wise. they even got glitter yarns yallss! 

And FASHION 

PATTERNS

WEAVES

Goshhhhh
Godaan apakah iniii

The price range

Depends on the types of fabrics. Varies from hand-looms wraps, machinery looms wraps, wraps that made of high quality yarns (ie silk,wools, organic cottons) , and exclusivity : some wraps is one of a kind. Like literally. There is only one in this whole wide world. Crazy , right ? 

Those are the things that will set the price. Super expensive-Expensive-Medium-Affordable

A woven wrap can last till toddler-hood. Or as long as ur shoulder can carry.


Be it International brands such as Artipoppe , Minako, Didymos, Lenny Lamb, Mokosh-wrap , Tula 

or

Local brands such as Bebesachi, Jumpsac, Daiesu, Happyfluffy 

In fact, the more u wear them, the more comfortable it will become. this is what they called 'well broken in' wraps. 

However,

They (the wraps) does need a special care. It is best not to wash it frequently. And if u want to wash it make sure to do it right. Maybe can refer to this guide . 


Nah I belanja sikit gambar wrap 




Stretchy wrap : easy to pop in/out baby tanpa perlu buka ikatan. Kalau nak bf baby senang keluar masukkan dia. Untuk newborn memang sesuai sangat.

Wearing 23days old baby mysha in boba wrap

Woven wrap : boleh guna since newborn sampai toddler. Makin kerap pakai, jadi makin best. Sebab wrap tu dah broke in.(kain jadi makin senang ikat, makin lembut, makin squishy katanya). Boleh buat macam macam jenis ikatan. Setakat ni aku reti buat fwcc, fcc, kangaroo,rucksack. Tu je. (ada baaanyak lagi sebenarnya)

Woven wrap : Kokadi Erna in wonderland
Tandem carry (midnight rainbow)


SSC : sesuai untuk para suami atau mereka yang tak suka ikat pusing pusing 😜 senang untuk masuk keluar baby. Especially for toddlers. Kan dorang ni kejap nak dukung, kejap nak berlari. Haa..sesuai la guna ssc ni. Tak yah pening nak kena ikat byk kali.

9months old baby hariz in Pognae SSC


So why do i love babywearing so much?

First, I can go hands-free! Cooking, house chores , travelling.. I love wearing while travelling the most. Inside the house, can. but not so much. i prefer wearing outdoors.


For the baby

I read a lot about babywearing benefits everywhere. Including HERE or here

My favourite part is "Holding a baby close to your heart stabilizes baby's heart rate. which will makes the baby calms. "
But u need to keep calm too of course. Baby will notice if ur nervous or anxious.


The other siblings on the other hand...

While i'm carrying the baby, i can also layan them. Then, maybe can cross siblings rivalry. (well, theoritically lah lol) 


Believe it or not, nursing the baby in public will be a lot easier. No one knows whats happening inside the wrap (skill that i just mastered recently)

And

That's the end of me justifying my purchases lol

Till then

-yang tengah gila gendong

Ahad, 16 Julai 2017

Travel Log : Gold Coast Australia Part 3 (Seaworld + Whale Searching Cruise)

Hi !

Lama naw gap untuk next entry perjalanan ke gold coast Australia ni ye. Dah July 2017 dah pun. Maknanya dua bulan lah takde mood nak menulis. 
Ampunn πŸ™πŸ½

Post kali ni rasa macam nak cerita semua sekaligus je pengalaman di gold coast ni sampai hari terakhir. Senang. 
Kita mula dengan hari kedua ye.

Hari kedua ( Seaworld Gold Coast )

Kami mulakan dengan breakfast di hotel.. Kasi perut penuh dulu, baru senang nak jalan. Destinasi kedua kami, Seaworld. Yezzaaaa..tempat ni lah yang paling di tunggu tunggu oleh kanak kanak ribena niii. DOLPHINS !!

Seaworld Gold Coast Australia


Ticket masuk, kami dah beli siap siap online macam yang saya cerita hari tu (boleh baca sini ) Tapi walaupun dah beli tiket, nak masuk still kena beratur. Sebab dorang nak keluarkan annual pass (bagi yang beli annual ticket). Staff di situ akan ambil gambar setiap orang, dan print on the pass. Next theme park dah tak payah dah. Tunjuk je pass tu. Jalannnn

Gold Coast Australia


Seaworld Gold Coast ada baanyak sangat show yang kalau terlepas akan rasa macam menyesal di kemudian hari. Jadi, kami dah standby awal2 maps dan semua show time (boleh check di website seaworld) dan buat flow chart untuk arrange yang mana nak pergi dulu, yang mana kemudian.

jadual perjalanan di seaworld

Senang kan? boleh bajet masa ngam2. Prioritize mana yang kita lagi berminat nak tgk kalau ada show yang clash masa dia.

Antara show yang ada :
  • Fish Detectives Sea Lion Presentation
  • World of the Dolphin Presentation
  • Affinity Dolphin Presentation
  • Jet Stunt Extreme
  • SpongeBob 3D
  • Teenage Mutant Ninja Turtles – Turtle Power Show
  • Ray Reef Feeding Session
  • Penguin Feeding Session
  • Dora’s Best Friends Adventure Show
Antara show yang menarik :


Seaworld Gold Coast



Affinity Dolphin show adalah yang ter bestt antara semua. Show ni ada dua sesi, pagi dan petang (kami tengok dua dua..) Tapi show pagi lagi lama dan banyak aksi. Petang tu macam sekejap je. Kami habiskan masa seharian di seaworld sebab ada banyak sangat benda menarik kat sini. Terutamanya untuk kanak kanak. Selain show, ada rides jugak. Tapi sayang budak budak ni banyak tak lepas limit ketinggian. Lepas satu je. Yang bas bikini bottom tu. Jadi lerr. Kami gerak balik ke hotel lebih kurang jam 5pm (dah nak maghrib masa ni) . Malam pulak, cari ole ole di surfers paradise.


Hari ketiga (Seaworld Whale Searching)


luxury cruise

Sebelum pergi hari tu, saya ada cerita persiapan dan kebarangkalian untuk kami tak boleh join whale search sebab ada yang under age. Masa jalan jalan di seaworld, saya ternampak kaunter untuk whale watch. Nekad nak pergi tanya dia (belum give up lagi). The lady at the counter was very nice and helpful. Dia tolong kami call bahagian cruise untuk confirmkan. They said kalau nak pergi hari khamis (as in the original plan), tak boleh. Sebab laut dijangka bergelora masa. Tapi kalau rabu boleh.. Hah?! Seriously??? Yeayyyy.. bersinar2 mata mak ! haha
Kami terus setuju dan tukar sket plan asal. yehuuuuu... Dapat tengok whale! 

Seaworld Whale Searching ni makan masa lebih kurang separuh hari. Kami sampai di jeti jam 930am, dengar penerangan dari kapten berkenaan safety while on board, lebih kurang jam 10am gerak. Lebih kurang 1pm macam tu dah balik jeti balik. Siapa yang mabuk laut, kena bersiap sedia tau. Sebab cruise ni memang pergi ke laut dalam. Ombak kadang kadang gile sket. Masa nak pergi tu, memang dia speeding betul. Macam naik roller coaster je rasa. Ingatkan budak budak ni nak takut. Lagi deme seronok ade lerr..

Selepas setengah jam perjalanan, kami diberitahu dah sampai di kawasan whales.. Sekarang is the waiting game. Tunggu dengan penuh kesabaran untuk whales tu muncul. Seminit yang pertama, semua orang eksaited tolong tinjau tinjau kelibat whales. Captain mintak semua orang aware kalau kalau nampak anything abnormal.. macam, ada wap disembur ke permukaan ke, reflections dalam air ke.. Masuk minit kesepuluh, dah ada yang start mabuk laut. Nasib baik semua crew dia sangat friendly dan helpful. Kalau ada yang mabuk tapi tanak mengaku pun diorang boleh sedar dan offer bantuan.

Selepas 15 minit tunggu, muncul dolphin dua ekor. Laju je berenang ke depan. Seronok tengok diorang berenang bebas macam tu. Captain cakap ni deep water dolphin. Lain sikit dari yang di seaworld. Tak lama lepas tu, muncul pulak leopard shark. Senyum sampai telinga la Hafiy. Dia memang obsess dengan segala jenis sharks ni. Tapi whales tak jugak muncul muncul... Hmmm..

Dah lame naw tunggu tapi takde, saya pun ke toilet sekejap. Dalam hati ni *haihh...jangan la masa aku tengah memerut dia muncul.

Sekali betul daaaa.. Lepas je selesai hajat, tengah nak capai pintu toilet, captain speeding sambil buat announcement dah jumpa whales tapi jauh sket, so kena speeding. I was like.. Whattt?! Now? Seriously?!
Omaigaddd... akak dalam toilet ni encik kapten..jangan laju benor ! 

Haru sungguh laaaaa

Bila kapal dah slow, terus pergi ke depan kapal..kuss semangat.

Orang dah ramai berkumpul. Masing masing muka eksaited.

Taraaaaa...
Ni la whales yang di cari cari


Setiap kali whales lalu, akan tinggalkan oil track. Ini adalah salah satu cara orang zaman dulu nak kesan whales (orang zaman dulu buru whales sebagai sumber minyak)

Tapi Hariz dah bateri kong masa whales tu muncul, meragam sket. Ijat yang memang dah sedikit mabuk.. cepat cepat offer diri bawak dia masuk dalam..tido. Alasan letewww. Lepak la kome dua orang kat dalam.. mami dengan Hafiy menghayati pemandangan yang kali pertama dalam hidup. Alhamdulillah.. rezeki kami jumpa whales hari ni (walaupun hampir kecewa)


Ruang yang sangat luas dan selesa

wefie dulu sementara tunggu ikan paus muncul

Lepas lebih kurang dua tiga kali whale tu muncul, dua tiga kali jugak scene kejar mengejar (syok pulak bila captain speeding, rasa macam dalam movie. kikikii), Captain pun announce kapal nak bergerak balik dah. Sedih sikit la masa tu .Rasa macam belum puas.. heee

Dalam perjalanan balik, kami tiba tiba diiringi sekumpulan dolphin di tepi kapal. Banyak pulak tu ! Subhanallah
Yang paling comel, baby dia pun ada! Yoshhhh.. rasa nak terjun je berenang sekali. Haha



Kecomelan dolphins ni terus hilangkan mabuk laut ijat.. :) Thank you dolphins! Memeriahkan perjalanan kami


Hari keempat

Eh..dah macam panjang sangat pulak entry ni. Kite sambung nanti boleh? Hehe
Tunggu tau.. Kite pergi Warner Bros Movie World pulak lepas ni k.

Bye!

Edited on 6th June 2022 to add:

Ya Allah korang, aku lupa nak update dah hari seterus nya

5tahun kemudian baru perasan
Masa pergi ni anak baru dua, nak masuk tiga
Ni dah empat orang anak aku wehhhh 🀣

Nak edit tambah info pun dah lupa habis dah semua

Nantilah cari balik gambar korek harddisk tu

Rasanya boleh kot cuba cuba ingatkan semula

Yang ku ingat kat warner bros tu tak jumpa surau
Sebab dalam blog orang yang aku baca deme kata ada
Tapi bila di cari tak jumpa

Last2 kami kena cari masjid kat luar

Balik tu sempat singgah chemistry ke chemical apa namanya beli perfume. 
Pastu memori lost dah 🀣

Doakan aku ingat kembali k

Kalau berjaya, aku update sini













Rabu, 31 Mei 2017

Travel Log : Gold Coast Australia Part 2 (Currumbin Wildlife Sanctuary)

Hi!

Jom kita sambung cerita perjalanan ke Gold Coast Australia πŸ˜‰

kangaroo yang sangat jinak dan mudah di dekati

Kami sampai di Coolangata Airport kira kira jam 640 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar. Atas kapal terbang  pramugari edarkan declaration form untuk diisi. Form nya simple je. Macam nak isi borang kat bank. Pangkah2 mana yang berkenaan. Kami isi bila sampai kat airport Coolangata sebab tak bawak pen πŸ˜’ grrrrr.. Macam mana boleh terlupa ntah.

Selepas check passport di kaunter imigresen, pick up beg, ada beberapa check point yang akan mintak tengok declaration form tu. Masa ni kami tunjukkan sekali list semua barang yang kami bawa masuk (makanan + ubat) Contoh list boleh rujuk post saya sebelum ni. Respon dari pegawai pegawai tu macam "owh great.. good job guys" . kembang jap kena puji. kikiki. Pegawai tu remark something atas declaration form tu. Then dia suruh proceed ke lane 2. Konpius jap. Apesal lengang je lane ni. Lane sebelah punyala panjang Q. Ada satu couple je beratur depan kami. Tapi time ni dah gabra. Sebab nampak ada anjing hitam besar dekat sebelah kaunter.. Omaigad omaigadd.. Nape ade anjing ni.. Berdebor habis dah mami.. Pastu baru teringat, ada declare bawak drugs (medicine). Maybe sebab tu la kot. Tapi budak budak ni pulak boleh bantai buat muka excited bila anjing tu datang dekat πŸ˜ƒ Siap dah hulur tangan nak pegang. Haihh. Tapi sekejap je. Anjing tu just hidu gitu gitu je beg. Tak payah bukak pape pun. Lepas tu pegawai tu senyum terus bagi lalu. Fuhh..legaaaa. Alhamdulillah takyah bersoal jawab. Beg pun takyah kena bukak.

Pick Up Kereta Sewa

Lepas booking online hari tu, APEX dah terangkan dalam email, settle je baggage, terus call diorang supaya mereka boleh hantar shuttle untuk pickup kami (kereta kena ambil di tempat lain. dekat je tapi). Tapi nak call tu, kenala cari Sim Kad Australia dulu. Ada jual dalam kawasan airport. Tempat tunggu shuttle tu kat sebelah kiri, tempat jual sim kad ni nunn jauh kat wing sebelah kanan airport. Adoi penat menapak.

Sim kad boleh beli di sini.

Di luar kedai akan ada orang tolong activate sim kad
Shuttle sampai tak lama selepas kami call. Sampai je office APEX, staff dia dah standby kat kereta. offer tolong angkat barang siap2 dalam boot, sambil tu mintak lesen dan credit card supaya kami tak menunggu lama untuk dia process. Settle sumbat barang, kami masuk office, staff tadi tu dah siap key in data semua. Tinggal sikit sikit je additional information yang dia perlu tanya kami. Staff tu memang friendly sangat sangat dan terangkan satu persatu terms and condition sampai kami faham. Bila dah settle semua, kami pun mulakan perjalanan. Nasib baik budak budak tu tak memberontak sebab kena duduk car seat. πŸ˜†πŸ˜†

Currumbin Wildlife Sanctuary

Untuk jimatkan masa, kami terus pergi sini dulu sebelum check in hotel. Lagipun check in kul 3pm, dan lokasi sanctuary ni memang sehala dengan perjalanan ke biggera waters. (dekat dengan airport)

Mula mula Ijat nervous jugak nak drive sendiri kat tempat orang. Tapi Alhamdulillah tak susah pun nak cari tempat ni. Guna google maps je. Terus sampai. (Internet dia super laju!) Jalan pun clear je. Sepanjang kami di sini, takde langsung tersangkut dalam jammed. Dan orang sini tak ramai yang naik motor. Mereka lagi suka naik basikal. Siap ada lorong khas untuk basikal everywhere.

Sepanjang perjalanan, budak budak ni tak habis habis tanya mana koala, mana kangaroo.. lambat lagi ke.. dah sampai ke? Ghenyang sungguh. Sebab tu bila diorang nampak je gerbang ada gambor koala, terus ngelejat ajak masuk. Mengamuk bila suruh tukar baju. Haihhhh

Nasib baik dah beli tiket siap siap, takyah beratur panjang, just tunjuk je kat entrance, scan bar code, cop tangan sorang satu terus jalannn. (jangan lupa ambik map sebagai guide)

Sejuk sangat udara kat sini masa ni (peralihan ke winter).. Jalan jauh sikit pun takde hal. Asalkan jangan direct kena matahari. Berpinau mata πŸ˜–. Haiwan haiwan dekat sini nampak terurus je. Semua nampak sihat (dalam ni ada wildlife hospital). Ada banyak sangat koala + kangaroo. So takyah berebut dengan orang lain untuk bergambar. Kawasan dia luas. Menyesal tak bawak turun stroller. Tapi nasib baik ada train yang boleh bawak pusing pusing satu park. Kurang sikit penat.

entrance gate
Souvenier shop : lalu sini dulu sebelum entrance gate


Akhirnya dapat tengok baby dalam poket 😍

Syok je dia tidur




Penat dah jalan. Kite naik train pulak

Kat sini ramai volunteer. Kebanyakannya umur atuk nenek dah. Tapi dia punya semangat tu... Memang tabik spring toing toing! Mesra sangat sangat, sentiasa senyum, pakaian kemas, friendly, setiap kali terserempak dengan kami mesti diorang akan tegur, 'how was your day? are you having a good time?" dengan senyuman yang paling ikhlas tak dibuat buat. Staff dia pun semuanya mesra rakyat. Kagum !
Jadi kalau ditanya berbaloi ke tak datang sini, memang kami akan jawab BERBALOI BALOI !
Kami pusing pusing sanctuary ni lebih kurang sampai jam 130petang. Perut pun dah berkeroncong, beli ole ole apa yang patut, chiaw. Check in hotel. Makan. Rehat.

Kita sambung lagi nanti k. Bye!

Selasa, 30 Mei 2017

Travel Log : Gold Coast Australia (Itinerary)

Hi!

Entry kali ni saya nak share pengalaman kami sekeluarga ke Gold coast Australia.. 🐨🐳🐬 Insyaallah saya akan kongsi itinerary ke Gold Coast Australia ni se detail yang mungkin.

Lapan jam dalam flight. Kematu buntut habaq hang.. Dengan perut boyot (16weeks pregnant) di tambah dengan mood swing budak budak bertuah ni. Pengsan 😩



Kami pergi 4hari 3 malam. (tak termasuk travelling day. Kalau campur, jadi 6 hari 5 malam) Asalnya nak pergi bulan 9. Winter. Sejuppp... Siap dah beli winter coat lagi. Eksaited punya pasal. kihkih. Last last tak jadi.
Kami decide nak pergi end of may, seminggu sebelum puasa. Sebab bila survey hotel, car rental masa winter tu, mak aii..beza giler harga dia. Rupanya masa winter, gold coast memang jadi tumpuan penduduk dari bahagian lain australia yang suhu di tempat mereka lagi sejuk kaw kaw.. πŸ™Š

Maka, end of may pun end of may lah kite pergi ye. Persediaan pertama, semestinya flight ticket. Kami naik Air Asia X direct ke Coolangata. Kebetulan ada promosi masa tu. Yassss... Tak baik tolak rezeki kann... Booking lallu ah.

Dah ada flight ticket, baru semangat nak buat benda lain 😊  Settle kan bab passport + Visa pulak. nak masuk Australia kena ada visa. Valid setahun dari tarikh visa dikeluarkan, boleh stay Australia 3bulan bagi setiap visit.
Visa Australia boleh apply online. Apply direct di https://www.travelvisaaustralia.com.au/en/eta-visa charge dia US$39. Mahal weh 😭
Nasib baik jumpa blog yang suggest apply melalui agent. Email je kat sini, eta.australia@yahoo.com . RM20 je per person. 

Email dulu pic tu tanya boleh buat visa oz tak. 
Lepas tu dia akan reply dan mintak details ni

1. Passport (scan/gambar)
2. Mobile Number
3. Email address
4. Return ticket
5. Home Address

Lepas dah confirm lulus application for ETA tu, baru buat bayaran. Biasanya boleh dapat result dalam 1 -2 hari.

Theme Park Tickets

Antara tarikan utama di Gold coast Australia adalah theme parks yang ohsemm. Ramai yang cakap entrance ticket theme park kat gold coast ni kalau beli online lagi berbaloi. Lebih murah + jimat masa tak perlu beratur. Memang pun. Tapi kena rajin survey. Sebab ada website yang offer murah compared to others. Contoh macam yang kitorang beli kat www.experienceoz.com.au/en/gold-coast ni. Summer pass. AUD79.99 per person : unlimited entry to 3 theme parks (movie world, sea world, wet n wild) valid until 30/06/2017. Ok la tu kan? Kalau nak beli yang annual pass pun boleh. Unlimited entry untuk setahun. Tapi tu bagi yang duduk sekitar situ or yang plan nak datang lagi dalam masa terdekat berbaloi la. Bagi kami yang sekali sekala datang ni dah berbaloi sangat dah 1 month unlimited entry tu. Lepas beli pass kat web, confirmation email akan dihantar. Print out atau simpan attachment. Nak masuk theme park nanti, tunjuk kat entrance counter, dia akan scan bar code, ambik gambar, then print out pass macam ni.




Tiga theme park tadi tu tak termasuk nak tengok kangaroo + koala. Sebenarnya ada package unlimited entry pass to all 4 parks which includes Paradise Country (tempat tengok koala + kangaroo) untuk AUD99.99 per person (VIP MAGIC PASS). Boleh tengok di sini http://themeparks.com.au/ Ingat nak ambik je all parks tu sekali je. senang + jimat. Tapi nasib baik tergerak hati nak baca reviews. Ramai sangat yang bagi bad reviews pasal paradise country ni di tripadvisor. kebanyakannya cakap tak banyak kangaroo + koala kat situ, dan haiwan macam tak terjaga etc.. Macam rugi lak kan, walaupun murah. Jadi kami decide untuk pergi Currumbin Wild life Santuary.  Seriously memang berbaloi ! Saya share details pengalaman di SINI. Dekat je dengan airport Coolangata. Boleh singgah terus masa sampai. Kebetulan kami sampai pun awal pagi. Ambik je kereta, terus zasss. Dengan tak mandi nya πŸ™ˆπŸ™ˆ. Harga ticket, AUD35.95 per person adult/child(promo). Hariz takyah ticket. sebab under 4.. Yasssss !

Kereta Sewa

Untuk transport, ramai yang bagi review sangat mudah nak guna public transport. Especially untuk yang stay di Surfers Paradise. Segala galanya dekat. Ada tram, bas pun ontime. Tapi untuk kami yang travel dengan anak kecik ni (dua tahun + lima tahun), maybe lagi sesuai kalau sewa kereta. Sebab dengan stroller nya lagi. Jenuh nak angkut jap g πŸ˜… Lagipun lesen Malaysia boleh guna kat sini, so takde hal 😊
Pening jugak nak pilih kereta sewa. Banyak sangat bad reviews pasal hidden charge, bad customer service experience, over charged. Tapi ada satu agent yang selalu di puji puji di trip advisor. APEX car rental. Harga sewa pun paling murah setakat yang kami survey. Untuk setiap kereta, ada tiga harga berlainan. Ikut package insurance. Yang paling mahal adalah zero excess (no deposit if anything bad occurs) Rezeki kami, masa tu ada promo hyundai elantra zero excess AUD 45 per day 😍 Customer service dia memang tiptop, mesra sangat. Dan tak ada hidden charge. Hyundai Elantra + 2 car seats ($12 each) untuk 4 hari, total AUD204. Rules kat sini memang strict bab bab car seat ni. So, no choice.



Hotel

Kami berkampung di Atrium Waterfront Resort untuk 4 hari 3 malam AUD380. Kami tak cerewet sangat bab lokasi hotel sebab dah sewa kereta. Yang penting senang parking + ada lift. Kalau nak pilih penginapan kat sini make sure baca accomodation dia betul betul. Sebab ada yang tak ada lift, takde aircond. Kalau datang masa winter atau dekat dekat nak winter takpe. Sebab dah memang sejuk. Tapi kalau datang masa summer.. Haruuuu

Whale Searching

Yang ni special request dari Ijat. Whale watching hanya ada masa winter je. Masa ni whales migrate from Antartic feeding grounds to their tropical breeding grounds. Kebanyakan operator semua hanya offer tour starting June. Hanya Seaworld whale watch je yang open untuk end of may. Tapi bukan whale watch. Whale searching namanya..Sebab biasanya operator cruise ni akan offer money back guarantee untuk whale watching yang start dari June to October in case tak jumpa whale. End of may ni, baru nak peralihan ke winter, whales tu baru permulaan penghijrahan, jadi takde jaminan akan jumpa. Diorang baru nak start searching. Thats why seaworld offer 1/2 price with no guarantee.. Izzat kata, On je. Insyaallah kalau ada rezeki, ada la jumpa whales tu. Ok on. Tapi masa nak tekan butang confirm order, terbaca pulak terms and condition. Child under 3 is not allowed on board.

Huaaaaa..😫😫😫😫 Hariz next month baru genap 3. Keciwaaa. Tapi iols is tak giveup lagi. Gigih email pihak seaworld. tanya kalau kalau boleh dapat pengecualian. Alhamdulillah, seaworld tak reject mentah mentah. Katanya, sampai gold coast nanti, call diorang balik untuk pastikan keadaan laut tak bergelora,selamat dan mintak kebenaran kapten. Yeay..masih ada sinar disitu..! wehuuuuu
Boleh baca pengalaman seaworld dan whale searching kami di SINI


Dah cukup la tu untuk theme park dan tempat nak pergi. Kita settle bab makanan pulak. Kami bawak makanan yang femes untuk travellers. Brahim's. Macam macam jenis kami bawak. tapi tak test pun dulu. main bedal je beli. Tapi apa apa pun yang korang nak bawak, pastikan declare k. Sebab Australia memang strict bab bab makanan ni. Tak boleh bawak yang ada unsur tenusu, daging mentah, telur, dan setiap makanan mesti berlabel. Jadi saya sediakan list untuk semua makanan yang kami bawa termasuk ubat ubatan. Ni contoh yang saya buat



Tapi sebenarnya kat sana banyak tempat makanan halal. boleh rujuk senarai restoran halal di sini http://www.goldcoastislam.com.au/1/halal-certification

Ok. Rasanya lengkap dah persiapan kami untuk ke Gold Coast. Next entry saya akan share pengalaman di sana pulak k. Bye!


Rabu, 1 Mac 2017

Speech delay : Permulaan dan permulaan yang baru

Belum pernah lagi saya cerita perkara ni di mana mana media sosial secara panjang lebar. Sekarang tiba tiba tergerak hati nak tulis.

Berkenaan anak saya, H


Masa umur H setahun lebih, dia belum pandai cakap. Perkataan mami dedi pun masa umur 2tahun baru dia boleh sebut jelas. Dah start risau sebenarnya. Tapi orang cakap takpe. Awal lagi. Biasa la progress budak budak ni lain lain. Lagipun H berjalan awal, gigi pun belum setahun dah tumbuh penuh dah. Orang cakap budak kalau cepat tumbuh gigi+berjalan awal memang lambat cakap 

Hmm... macam macam ORANG CAKAP!

first time parents kan. ilmu parenting pun level beginner. maybe bawah lagi dari level beginner kot masa ni. kite dengar la nasihat orang

Kami pun tunggu dengan hati berdebar. Masuk tahun ketiga, H cuma boleh cakap dua perkataan je dalam satu ayat. Ajar la macam mana pun , dia buat nohen je. 

Sedih? takyah cakapla. sedih teramat sangat. Risau. Macam mana kalau H tak boleh cakap sampai bila bila? macam mana masa depan dia? Kesian sangat bila tengok dia dengan budak budak sebaya dia berkumpul. Dia tengok je diorang. Senyum senyum dari tepi. Muka sayu. Saya tahu dia teringin nak join diorang main, tapi malu sebab dia tak reti cakap. Allah. Sedih sangat masa tu. Saya yang tengok yang bergenang air mata (mami memang drama lebih). Masa balik kampung, kalau orang tanya dia macam macam. Dia balas dengan senyuman je. Lepas tu bila orang tanya dia. Nape tak jawab? Tak reti cakap ke? Rasa di carik carik je hati ni dengar.

BERHENTI KERJA

Masa tu saya nekad, berhenti kerja. Nak fokus pada anak anak. Terutama H. Biar la orang sekeliling nak mengata rugi belajar tinggi tinggi last last dok umah jaga anak. Tak takut menyesal ke? Insyaallah tak. Mami lagi menyesal kalau apa apa jadi kat anak anak. Rezeki ALLAH SWT yang bagi. Cukup atau tidak tu, terpulanglah pada kita nak manage macam mana dengan apa yang ada.

Lepas saya berhenti, kami (saya dan ijat) usaha macam macam, jumpa speech therapist, google sana sini pasal speech delay, termasuk la pelihara kucing dan arnab (animal therapy: antara yang berkesan). Tengah googling tu saya terjumpa blog Pn.Ruby (speech therapist). Saya add Pn. Ruby di fb dan selalu follow status dia. Banyak sangat saya belajar dari dia. Sampai satu hari, puan ruby buat program di kuantan. Kami join

Dalam kelas tu, Pn. Ruby ajar teknik teknik berkomunikasi dengan anak anak speech delay. Macam macam yang diajar. Memang tak rugi attend. Rasanya tak habis kalau nak cerita kat sini. Boleh follow fb Pn Ruby  untuk banyak info yang bermanfaat


bunny



Macam mana saya tau H cuma speech delay, bukan masalah lain?

Sebab tindakan pertama kami (lepas saya berhenti kerja) adalah cuba kenalpasti masalah sebenar. Sebab kalau betul ada masalah, perlu ada tindakan susulan. Takkan nak biarkan je.. Cukup cukup la mami dedi 2tahun in denial. Lagi cepat kita tau masalah sebenar, lagi cepat kita boleh cari penyelesaian. Jangan takut hadapi realiti. Tak rugi pun kalau kita bertindak awal.

Step pertama, kami bawak H rujuk pakar kanak kanak. Screen test dulu masalah kesihatan. Doktor buat blood test. Tak sure nak test apa. Tapi ada kaitan dengan prolong jaundice masa baby (H prolong jaundice sebulan lebih). Bila result clear, Paed set kan appointment dengan ENT. Untuk check masalah pendengaran, mata, peti suara. Pendek kata kena screen physical and health issue dulu. Bila result semuanya clear. Baru proceed dengan speech therapy.

Kami di refer ke Speech theraphist UIA Kuantan. 1st day di UIA, belum boleh jumpa ST (speech therapist) lagi. Diorang buat hearing test dulu. H kena pakai head set. Process ni untuk tahu tahap pendengaran dia. Diorang bagi dia dengar bunyi pada lain lain frekuensi. H lulus test ni. Then baru proceed jumpa ST (after a year waiting) yang ni kami pun faham. Sebab ramai dalam waiting list. Dekat Kuantan memang sangat sangat limited ST. Yang swasta pun takde. (masa tu. sekarang tak sure)

Speech Therapist (ST)

H ni sangat pemalu orang nya. Susahhhh sangat nak dengar suara dia. Maybe masalah komunikasi buat confident level dia jadi rendah. Jadi masa jumpa ST tu memang kami expect dia akan diam je sepanjang sesi. Tapi TAK. ST tu pandai ambil hati dia, sampai dia jadi selesa dan respon pada soalan soalan teacher (ST tu suruh panggil dia teacher)

Soalan soalan tu rupanya penting untuk tahu level percakapan dia. Hasil dari soal jawab, level percakapan H di umur 1 tahun 6 bulan. Dan alhamdulillah. Htak ada masalah lain. Cuma speech delay. (masa tu H 3tahun +) Insyaallah masih boleh catch up katanya. Kami borak panjang dengan ST tu. Tanya apa punca semua ni. Dia cakap ada banyak sebab sebenarnya, dan salah satu penyumbang adalah GADGET. Dan kanak kanak yang speech delay ni bukan tak pandai, dan bukan selamanya takkan boleh cakap, cuma diorang ni terlalu asyik dalam dunia diorang sendiri. sampai isolated dari sekeliling. Sebab tu tak boleh nak capture perbualan orang lain yang tak melibatkan dia. (kurang vocab)

Kami sebagai parents kena tahu macam mana nak masuk dalam dunia diorang. Jangan paksa diorang sebut perkataan yang kita nak. Tapi cuba teka apa perkataan yang anak tu cuba cakap. Contoh macam dia tengah main kereta. tiba tiba kita datang bawak bola, tanya dia ni apa? memang dia tak layan la der. (itu yang mami selalu buat sebelum ni.. haihhh) kita kena join dia main car tu. tapi pelbagaikan ayat. cth macam "woww.. abang ada car merah la / lajunya car abang.. vroomm / mami nak pinjam car boleh?" Kalau dia nangis jangan terus tanya kenapa nangis ni? tapi terus teka. 'Abang sedih ke? abang lapar? Abang sakit ke? Abang nak toy tu?' Sebab kalau kita tanya kenapa.. apa yang kita expect dia jawap? "Abang nangis sebab lapar nak makan berger kfc".. untuk budak2 yang tak ada masalah speech delay maybe yes. Tapi in this case.. tak boleh.

Haih.. banyak nya yang saya salah rupa nya. Nasib baik Allah gerakkan kan hati kami nak dapat kan bantuan cepat. Sebab ST tu cakap ada je kids yang umur 10 tahun tapi bila test, perkembangan bahasa dia masih di umur 6 bulan.

Kata kata (orang cakap) " alaa...biasa la tu budak lambat cakap. Sampai masa dia bercakap nanti dia cakap la " mungkin dah tak applicable di zaman sains dan teknologi ni (eh.. ? ter trobek lagu sekolah pulak )

GADGET ABUSE: SALAH SIAPA? 

Rasanya tak perlu nak tuding jari pada sesiapa. Dari dulu lagi memang dah ada kes speech delay ni, tapi kehadiran gadget mengeruhkan keadaan. Banyak sangat mesej, article yang viral di media social berkenaan gadget boleh menyebabkan autisme dsb. Nak sebarkan kesedaran tu boleh. Tapi jangan over sangat boleh? nonsense. Yes. Gadget is bad. We get it. Fine. Tapi bila parents yang ada anak anak istimewa tu dipersalahkan atas sebab sebab yang belum sahih, kesian diorang. 

Smartphone start glemer masa tahun 2010 - 2011 macam tu. Sebelum tu dah ada tapi tak ramai orang guna. Kalau perasan, viral pasal gadget abuse ni start dua tiga tahun lepas. Sebab apa? lepas dah dua tiga tahun guna, baru orang nampak keburukan gadget tu. My point is, parents yang anak anak dia lahir sekitar 2010-2012 masih belum nampak lagi bahana akibat gadget ni masa tu. Sebab tu berleluasa sangat. Masa tu (saya) hanya nampak kebaikan je. Boleh belajar ABC, 123, nyanyi tengok ipad. (H dah kenal dan hafal 1-10 A- Z masa umur dia setahun) Mana tahu benda benda tu akan lemahkan daya tumpuan dia, boleh lemah kan finemotor skill dia. Serious tak tahu masa tu. Kalau tahu memang Ampun mak tak bagi nakk !!!

Jadi kami slowly cut masa yang dia boleh spend dengan gadget. Malam tak boleh tengok langsung. Mami dedi pun sama. (kalau nak tengok kena sorok sorok) .

SELEPAS 6 BULAN

Selepas dua tiga sesi, Alhamdulillah teacher dia kata dia dah on the right track. Dah tak payah datang setiap 2 atau 3 bulan. Tahun depan baru datang lagi. Just for monitoring purpose. Kenapa dua tiga sesi je? Sebab semasa setiap sesi, ST akan ajar dan demo cara cara berkomunikasi yang betul. Dan parents yang kena praktikkan kat rumah. Memang tak cukup kalau nak buat semua dalam masa sejam sesi dengan ST. Gigih kami beli mainan sebijik sebijik macam yang ada dalam bilik ST tu. Sampai mainan masak masak pun beli (even H boy). Nasib baik tak beli baby doll ! ( Kat bilik ST tu banyak) Poyo je. Walhal tak yah pun takpe. haha. Boleh je guna apa yang ada kat rumah. Tapi kena kreatif untuk bagi dia berminat.

SETAHUN KEMUDIAN

Tahun ni dah hantar pergi school. Alhamdulillah. Teacher teacher di little caliph sangat sangat supportive. Masa awal hantar, saya jelaskan semua pada teacher dia. A to Z pasal H. Seminggu yang pertama, memang drama. Abang drama tanak pergi school, adik drama nak ikut abang pergi school. πŸ˜’

H tak pandai pegang pensil. Saya tahu. Jenuh ajar kat rumah. Tapi dia naak jugak pegang cara dia. Ajak main toys yang boleh develope fine motor skill, semua dia giveup. Teacher dia perasan. Teacher dia suruh H koyak koyak kertas. Buat tu hari hari sebelum start kelas. Buat aktiviti yang boleh ransang fine motor skill. Lama lama dia dah boleh pegang pensil. Pegang gunting. Alhamdulillah. Tq teacher izzati. Banyak bantu H. Tak give up dengan H.




Dua bulan selepas sekolah, banyak sangat progress dia. Mami dedi happy sangat sangat (campur pening). Dah boleh cakap lancar, dah pandai melawak (loyar buruk macam dedi), dah pandai pegang pen betul betul, dah pandai lukis mami (berjaya lukis bentuk muka + spec), berani cuba benda baru (sebelum ni semua takut nak explore), pandai nyanyi, pandai main dengan kawan, pandai dah baca sikit sikit. I am SUPER HAPPY ! Alhamdulillah. H yang sekarang bukan H yang dulu. Dah riang !

Perjalanan H, insyaallah ada jauhh lagiii..Semoga H terus membesar dengan sihat, riang, jadi anak yang soleh, yang bijak, yang selalu sayang mami dedi macam Mami Dedi sayang Abang ! Amin

Update : After a year sending him off to Little Caliph kindie


A post shared by ima abdul khalil (@imaabdulkhalil) on


A post shared by ima abdul khalil (@imaabdulkhalil) on

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...