Lega sangat bila dah masuk fasa endemic ni kan. Dah boleh merayap macam dulu dulu pre-covid tanpa sop ketat BUT still with cautious of course.
So we went to Perhentian Island. Coral Bay, Perhentian kecil to be exact.
Untuk trip ni kami takde ikut mana mana pakej dari travel agent
Penginapan
Kami stay di Shari-La resort. Kenapa shari-la?
1st sebab dia ada private beach yang tak kongsi dengan resort lain
2nd, sebab kami tak ambil all-in pakej dengan travel agent.
All-in pakej ni, biasanya dia akan rancang perjalanan kita include semua makan minum hotel snorkelling trip sewa itu ini.
Untuk sesiapa yang travel tanpa anak kecik memang berbaloi dan mudah. Semua dah di atur, tinggal ko nak g sana, bawak baju dengan badan je
Tapi untuk kami yang ada 4budak ni, rasanya lagi ok kalau plan sendiri. 10, 7, 4, 2 tahun. Bayangkan macam mana nak handle kalau campur orang beramai ramai. Kang ada yang nak terkencing la, nak susu la, meragam la
Tak ke naya kat orang lain? 🤣
Ghisau mami ghisauu
Jadi kami tak ambik pakej all in, kami plan sendiri.
Kalau Shari-la ni takde masalah nak cari makanan ke trip ke apa sebab kat pantai dia ada banyak kedai makan dan bot bot yang offer snorkelling trip siap boleh sewa lifejacket snorkelling gear semua tu.
3rd, sebab shari-la antara resort yang ada option bilik luas untuk family. Kami book suite room. Ada dua katil queen. Sesuai la untuk kami berenam.
Transport
Kami dari Kuantan. Jadi dah tak berapa jauh untuk memandu ke Kuala Besut. Sesampai sahaja di jeti, ada pekerja company speedboat ronda naik motor buat isyarat tanya dah beli tiket ke belum. Suami jawab belum, dia cakap ok ikut dia. Dia guide kami ke parking depan tempat beli tiket untuk park sementara dan turunkan barang dan bawa ke kaunter tiket. Lepas tu dia temankan suami cari parking kosong . Dia naik motor dan ikut sama cari parking. Lepas dah park, dia bawakkan semula suami ke tempat load barang tadi.
Tambang bot dari Kuala Besut ke Perhentian Kecil
RM70 untuk dewasa
RM40 untuk kanak kanak
(pergi dan balik)
Kami tunggu beberapa minit kat situ sementara untuk tunggu cukup orang untuk satu trip
Yang tak bestnya, masa tu kebetulan ramai orang
Semuanya dia sumbat sekali dalam satu bot.
Eh aku la. Dah la kami ni bawak budak budak
Dok berasak asak macam tu musim musim covid ni
Spoil mood betul 😏